Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua. Diharapnya semuanya sihat wala'fiat dalam lindungan Allah SWT. Walaupun kadang-kadang ada antara kita mempunyai masalah kesihatan. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada kekurangan. Sakit itu kadang-kadang datang dan pergi sebagai tanda peringatan Allah kerana kita semakin jauh daripadaNya atau sakit itu datang sebagai kafarah dosa selama kita hidup. Tapi, yang pasti, sakit itu sebenarnya merupakan "kemanisan" yang Allah berikan tanda kasih sayangNya kepada kita. =)
Sudah menjadi tabiat rasanya dalam satu hari jari-jemari menekan-nekan butang keyboard menyusuri dunia tanpa sempadan. Tecengang seketika. Terjumpa kaedah diagnosis penyakit menggunakan tapak tangan oleh HPA.. Menarik. Terdetik di hati, ingin kongsi !!! Apalagi, mari kita lihat dan amati dengan baik.



