Membina rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi
pantai. Sekali ombak melanda, istana roboh berderai. Sebaik-baiknya
jadikanlah binaannya kukuh, sekukuh istana konkrit, biar dilanda ombak
dan taufan, ia tetap utuh dan teguh.
Namun kekukuhan dalam perkahwinan itu memerlukan ramuan yang padat,
bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal, mental, spiritual malah
kemantapan ekonomi dan sosial. Perkahwinan adalah manifestasi cinta
antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumahtangga bukan
sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung
nyawa. Ia menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang
paling utama ialah kejujuran.
Dalam usaha memberi kefahaman itu kepada pasangan suami isteri
seharusnya sikap kerjasama dan tolak ansur adalah penting dalam melayari
hubungan rumah tangga. Selain aspek kasih sayang, tanggungjawab dan
kewangan, hubungan seksual juga amat mempengaruhi kebahagiaan hidup
rumah tangga. Kerjasama hidup berkekalan Setiap perhubungan mesti ada
kerjasama, baru hidup berkekalan. Yang paling utama kita sebagai
pasangan perlulah berkongsi hidup sama ada dari segi intelektual,
sosial, emosional, kerohanian dan kebatinan serta fizikal.