Jumaat, 5 Februari 2016

Jarang Ada Masa Untuk Diri Sendiri? Ikuti 7 Tips Ceria Sepanjang Hari


Pasti ramai ibu bapa yang setuju apabila saya katakan bukan mudah menjadi ibu bapa pada zaman yang begitu mencabar ini, betul kan? Susahnya nak lihat golongan ini senyum lebar di pagi hari, di pejabat, dan apabila pulang ke rumah.

Dengan ekonomi yang kurang baik, ditambah dengan komitmen kerja dan berdepan ragam anak-anak yang semakin membesar dan rumah tangga. Sampai ruang untuk diri sendiri pun sudah tak ada. Tak sempat nak berehat, ada saja yang perlu diselesaikan. Waktu rehat yang betul-betul pun, cuma masa tidur.

Okay, cuba tanya diri sendiri, bilakah kali terakhir anda berasa benar-benar ceria dan gembira?

Semalam? Dua hari lepas? Sebulan? Tak ingat sebab dah lama sangat? Atau tak pernah langsung?
Tidak bermakna sudah ada anak ataupun usia semakin meningkat, anda tidak boleh ceriakan hati sendiri. Boleh sahaja asalkan anda rasa gembira dengan cara yang anda suka.

Jadi, ini antara saranan yang boleh anda lakukan:



7 Tips Ceria Sepanjang Hati

tips ceria sepanjang hari
Foto Kredit: browncow.ie

1. Jangan lupa ketawa

Bebanan sekeliling membuatkan anda lupa membuat perkara yang satu ini! Bayangkan semua perkara yang berlaku itu seperti sebuah drama komedi, bukan drama sedih ya! Lebih elok jika dapat libatkan teman atau pasangan bersama. Buat lawak, ekspresi muka kelakar, dan bergurau antara satu sama lain. Bak kata orang, “Laughter is the best medicine.”
Lagipun bukankah lebih baik anda ketawa daripada menangis?

 2. Jadi kanak-kanak semula

Maksudnya bukan lah melompat-lompat dan berlari-lari seperti kanak-kanak, tapi anda boleh rehatkan diri dengan makan aiskrim, bermain permainan seperti dam ular, puzzle, on radio sekuat-kuatnya dalam bilik, menari dan sebagainya.

Kalau ada anak kecil, bermainlah dengan mereka seolah-olah anda seorang daripada mereka.
Foto Kredit: huffingtonpost.com
Foto Kredit: huffingtonpost.com

3. Jumpa kawan-kawan

Sesekali berjumpa kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa, memang seronok. Macam-macam yang nak dibualkan sampai lupa sekejap masalah yang dihadapi.
Sesibuk mana pun, cuba luangkan masa untuk berkongsi rasa dengan rakan-rakan. Jika betul-betul tidak ada masa, layangkan mesej dan panggilan telefon buat mereka.

4. Beriadah

Bila rasa stress, amalkan membuat exercise. Tak perlu yang berat-berat sampai terasa membebankan. Jalan kaki ataupun berehat di taman pun sudah memadai. Beriadah bukan saja dapat membantu meningkatkan kesihatan, malah ia juga dapat memberi impak positif kepada kesihatan mental.

5. Manjakan diri

Luangkan sedikit masa untuk memanjakan diri. Anda boleh ke spa, mengurut, beli-belah, mencuba makanan di kafe-kafe baru dan macam-macam lagi. Lebih elok lagi kalau anda dapat merancang percutian, tidak kiralah di dalam atau luar negara. Dapat pergi pantai pun jadilah!
Wanita independent
Foto Kredit: hialbarshadubai.com

6. Beli apa yang anda idam-idamkan

Sudah lama anda simpan impian untuk beli barang idaman. Berbulan juga anda pandang dari jauh. Ini masanya, untuk anda jadikan salah satu koleksi anda.
Satu idea yang unik ialah aturkan majlis menyambut sesuatu sesuka hati anda. Contohnya, beli sebuah kek dan katakan hari ini anda rasa gembira dan mahu menyambutnya! Kemudian, boleh saja bergambar dengan mereka atau ‘selfie’ banyak-banyak. Ramai yang suka hati bila dapat sambut birthday dan ‘selfie’ kan?

7. Lebihkan memberi daripada menerima

Orang kata tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Niatkan diri agar selalu memberi tanpa mengharapkan ‘something in return’. Bila kita ikhlas, hati mudah jadi tenang dan rasa gembira. Ketenangan hati adalah sesuatu yang memang dijanjikan oleh Allah supaya kita tidak takut untuk menderma dan bersedekah!
tips ceria sepanjang hari
Foto Kredit: crosswalk.com

Bukan pentingkan diri!

Bagaimana pentingnya keluarga dalam hidup kita, perlu juga ada masa untuk diri sendiri sekali-skala. Bukan ‘selfish’, tapi jangan lupa yang kita juga perlu ruang untuk bahagiakan diri.

Tips ceria ini diharap dapat membantu kita menaikkan ‘mood’, membuat anda senyum lebar sepanjang hari. Bila kita bahagia, bukankan keluarga juga akan turut bahagia?
sirap limau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...