Selasa, 2 Februari 2016

Kesilapan Mudah Saya Terhadap Isteri. Ini Teladan Untuk Suami Di Luar

Adakah ia benar? Mari sama-sama kita baca, faham & Amalkan.

Semalam saya ada cadangkan kepada sahabat-sahabat untuk periksa dan bandingkan cap jari kita dan pasangan kita. Mungkin ada yang periksa dan mungkin juga ada yang rasakan bahawa ia sama.
Tetapi hakikatnya tidak sama.

Tuhan menciptakan setiap daripada kita berbeza daripada yang lainnya. Tidak ada seorangpun antara kita yang sama 100% peratus. Walaupun dengan ibu kita, ayah kita ataupun pasangan kita. Kita semuanya berbeza. Walaupun kita rasakan kita sangat serasi dengan pasangan kita, kita tetap ada perbezaan.
Ini kisah saya yang dulu.

Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang.





isteri-solehah-4
Dahulu, saya ada beberapa piawaian terhadap bakal isteri saya. Piawaian cara bercakap. Piawaian cara berjalan. Piawaian cara melayan saya. Piawaian cara makan. Sehinggakan ‘Body Language’ juga saya piawaikan.

Senang kata, semua benda perkara mesti mengikut piawaian yang saya tetapkan. Dan apabila isteri saya tidak mengikut piawaian saya, saya akan menegur. Kadang-kadang teguran itu nadanya baik. Kadang-kadang ia sedikit beremosi.

Isteri saya seorang yang patuh. Setiap kali saya menegur, dia akan ubah caranya mengikut cara yang saya mahukan. Begitulah ia berlarutan.

Sehinggalah satu masa.

Saya dapati isteri saya menjadi teragak-agak untuk melakukan sesuatu perkara. Dia juga teragak untuk untuk mengatakan sesuatu sedangkan ia adalah perkara yang mudah. Saya dapati isteri saya seolah-olah sedang serba salah. Saya dapat mengagak bahawa dia seperti takut jika apa yang dilakukan tidak kena di mata saya.

Saya perhatikan beberapa lama hari. Ianya berlarutan.

Dan saya pun duduk termenung. Melihat ke dalam diri saya.

Saya mula bertanya kepada diri saya sendiri,
Adakah saya mahu isteri saya menjadi seperti piawaian saya ataupun dia menjadi dirinya?” “Adakah salah tindakan saya?
Pertanyaan ini bergelut diantara saya dan diri saya. Pergelutan pergi lebih dalam kepada sebab saya membentuk piawaian itu. Saya mula mencari punca wujudnya piawaian itu.

Tujuannya, saya mahu membuang semua perkara tersebut. Saya terus bergelut.

Dan akhirnya, saya temui.

Sejak di zaman persekolahan saya dididik dengan ilmu agama. Sejak sekolah menengah saya sudah mengikuti pengajian kitab-kitab besar seperti Bahrul Mazi.

Saya ditekankan oleh guru-guru saya bahawa suami perlu menjaga isteri. Kerana isteri adalah maruah kepada suami. Jika isteri melakukan kesalahan seperti keluar rumah tidak menutup aurat dan suami merelakan perbuatan tersebut, suami itu menjadi dayus. Dan saya diberitahu bahawa suami dayus tidak akan bau syurga.

Pesan Guru, saya sematkan ke dalam hati. Maka saya menetapkan beberapa piawaian untuk bakal isteri saya. Seperti menutup aurat dan juga beberapa kewajipan menurut Islam yang wajib untuk seorang isteri.
Akan tetapi,

Sepanjang selang masa antara pesan guru saya dan masa saya berkahwin adalah lama. Dalam tidak sedar, Subconscious Mind saya mula menambah-nambah beberapa piawaian baru yang tidak ada kaitan dengan kewajipan pada asalnya. Definisi maruah juga secara tidak sedar menjadi bertambah rumit.

Maka dengan keadaan minda seperti itu, saya melangkah ke alam perkahwinan. Hidup dulunya seorang, kini menjadi dua.

Inilah yang menyebab saya meletak beberapa piawaian yang tidak perlu. Semuanya saya rangkumkan ke dalam definisi maruah.
http://thevocket.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...