Selasa, 16 Februari 2016

Antara Kesan Produk Kosmetik Beracun Boleh Sebabkan Kecacatan Janin


Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan senarai 50 produk kosmetik beracun yang telah diharamkan. Sebelum itu terdapat dua produk dari satu jenama tempatan popular yang ditarik balik dari pasaran kerana mengandungi bahan beracun.

Apa sebenar bahan beracun dalam kosmetik ini dan bagaimana kesannya? Kosmetik beracun dan berbahaya ini kebiasaannya mengandungi bahan berikut dan kesannya pula bukan setakat pada wajah.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/28/woman-face-cream-iStock.jpg  





1. Merkuri
Ia banyak terdapat dalam kosmetik atau krim untuk mencerahkan wajah. Antara bahaya merkuri dalam kosmetik termasuklah:
  • Menyebabkan alahan
  • Perubahan warna kulit
  • Menyebabkan bintik hitam pada kulit
  • Kerosakan pada saraf, otak dan ginjal
  • Menjejaskan perkembangan janin
Atas sebab inilah penggunaan merkuri dalam produk kosmetik tidak dibenarkan.

2. Hidroquinon
Ia memang banyak digunakan dalam produk untuk memutihkan wajah. Ini kerana sifatnya yang antioksidan dan berfungsi menghalang proses pembentukan melanin yang akan mengurangkan warna gelap pada wajah.
Ia juga digunakan dalam produk pewarna rambut, pewarna kuku, cat malah bahan bakar minyak. Jika diaplikasikan kepada kulit ia boleh menyebabkan radang dan kulit terbakar.
Namun paling mengerikan ia boleh menyebabkan penyakit Vitiligo (pigmen kulit hilang sehingga menyebabkan tompokan putih pada wajah. Malah kulit juga boleh berubah menjadi gelap.

3. Tretinoin
Bahan kimia ini selalu ada dalam produk rawatan jerawat, pemutihan kulit dan mengatasi kerosakan akibat sinar matahari.Bahayanya ia boleh menyebabkan radang kulit terutama pada kulit sensitif. Selain itu ia turut boleh merencatkan perkembangan janin hingga membawa kepada kecacatan janin.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/28/256708-pregnant-woman.jpg
Tanda-tanda Produk Kosmetik Berbahaya
Jika selepas menggunakan sesuatu produk terdapat tanda-tanda berikut kemungkinan besar ia menggunakan bahan beracun. Awas ya!
  • Boleh berubah putih dalam tempoh singkat (kamkin tinggi kadar merkuri lebih cepat kulit jadi putih).
  • Bila disapu pada kulit lengan terasa panas dan gatal.
  • Pemakaian awal menyebabkan iritasi pada kuit dan kemerahan bila terkena sinar matahari.
  • Bila berhenti memakai produk ini akan timbul jerawat kecil atau bintik hitam pada wajah.
  • Hasil pemakaian produk kosmetik berbahaya ini mungkin membuatkan pori-pori mengecil dan halus tapi ia sebenarnya disebabkan lapisan kulit wajah paling luar menipis kesan gurasan merkuri.
Sekiranya terdapat kesan ini sebaiknya hentikan penggunaan. Jangan tunggu senarai dari KKM, bimbang segala sudah terlewat.
Untuk melihat senarai 50 produk kosmetik yang diharamkan boleh layari Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia atau https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/
.vanillakismis.m

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...