Khamis, 18 Februari 2016

Resepi - KEK PANDAN KEJU MELELEH @ LAVA CHEESE

 
 Pernah makan tak kek ni? sekali gigit je sedapnya sampai terpejam mata... . Setelah mengalter beberapa resipi akak dapat resipi kek ni yang sedap dan senang dibuat...Jom layan...


KEK PANDAN KEJU MELELEH @ PANDAN LAVA CHEESE
Bahan Kek:-
150 gm tepung superfine
150 gm gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalette
80 ml air
80 ml minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
2 sudu teh pandan paste
1 sudu teh pewarna hijau

Cara:-
1. Sediakan 2 buah loyang, gris dan alas. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 170 darjah.
2. Satukan gula, tepung, ovalette,baking powder dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan       gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
3. Perlahankan kelajuan, masukkan esen vanila dan air. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau     hingga kek benar-benar ringan.
4. Masukkan minyak jagung, gaul dengan spatula hingga sebati.
5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan tuang ke dalam loyang. Bakar pada suhu 170-175 selama 20             hingga 25 minit atau hingga kek masak. Apabila kek sudah masak cepat-cepat keluarkan dari oven dan         telangkupkan atas redai selama 5 minit untuk mengelakkan kek mengecut. Lapik kertas alas yang disapu       mentega di atas permukaan kek sebelum telangkupkan kek atas redai untuk mengelakkan permukaan kek     cedera. Biar sejuk sebelum menghias kek.

Krim:-
250 gm cream cheese - apa-apa jenama pun tak pe
1/3 tin susu pekat
80 ml whipping cream
2-3 sudu besar susu segar (optional - akak letak sebab anak2 suka krim yang agak cair sikit)

1. Putar cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan susu pekat daan putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan whipping cream dan susu segar hingga mencapai kadar kepekatan yang dikehendaki.

Topping:-
Keju cheddar secukupnya

Cara Menghias Kek:-
1. Ambil kek daripada loyang yang pertama, sapukan krim.
2. Kemudian letakkan kek yang kedua di atas kek yang telah disapu krim tadi. Sapukan lebihan krim                 menutupi keseluruhan kek. Parut halus keju cheddar ke atas kek. Sejukkan di dalam peti ais sebelum           dipotong.
alamenaq.blogspot.m

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...