Sabtu, 13 Februari 2016

Lelaki Mudah Jatuh Cinta?


Apa itu cinta?

Setiap insan memiliki definisi cinta yang berlainan. Kalau ikut kebiasaan, apabila kita sebut sahaja cinta, cinta itu adalah salah satu perasaan yang menggambarkan sayang yang amat mendalam terhadap seseorang atau sesiapapun.
Tapi apakah itu cinta?




Sayangkan seseorang mengikut rupa paras adalah pencinta kecantikan. Sayangkan seseorang mengikut harta benda adalah pencinta kekayaan. Sayangkan seseorang mengikut hati budi adalah pencinta kesejahteraan.Yang mana satu cinta yang dicari?

Cinta pada pandangan anda?

Mungkin ialah cinta adalah janji yang mengikat dua unsur di antara satu sama lain. Tidak kira cinta antara manusia dengan manusia, manusia dengan Pencipta, manusia dengan haiwan, haiwan dengan haiwan, manusia dengan tumbuhan, haiwan dengan tumbuhan, tumbuhan dengan tumbuhan.

Apa pula janji itu?

Janji pula ada pelbagai jenis. Janji untuk menyayangi selamanya, janji untuk menjaga, janji untuk mengambpromiseil berat, janji sehidup bersama, dan pelbagai lagi janji yang terlampau banyak untuk diceritakan.


Jadi definisi cinta itu sahaja amat luas. Jadi apakah seorang lelaki mudah jatuh cinta?

Sebab mengapa? Sebab mungkin lelaki sendiri sangat susah mencari cinta. Memang orang ramai berkata perempuan itu sangat ramai berbanding lelaki.

Tapi adakah setiap perempuan itu berani menerima cinta seorang lelaki? Menjaga cinta itu sendiri adalah sangat susah. Bagaikan menjaga kunci yang menguci peti hati. Bagi yang mudah jatuh cinta itu ialah lelaki yang masih tidak kenal apa itu cinta.

Cinta yang sebenar tidak mudah lahir dalam diri seorang lelaki. Dan seorang lelaki sukar untuk sedar apakah dia telah bersedia untuk bercinta atau tidak. Bagi sesetengah pendapat kalau seorang lelaki meluahkan ingin berkenalan dengan perempuan dengan lebih rapat masih belum cukup syarat bahawa lelaki itu sudah kenal cinta.
pakar cinta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...