Selasa, 9 Februari 2016

Resepi Kuih Cakoi Lembut Gebu

Siapa nak Resepi Kuih Cakoi Lembut Gebu yang lengkap dan best ? Boleh baca denagn klik pic di bawah ea. Memang sangat sedap dan gebu kuih cakoi ni. Fuhh

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada warga dari dapur . Cuti lagi hari ini ...Apa kata cuba buat Resepi Kuih Cakoi Lembut Gebu . Jom lihat bahan untuk membuat kuih ini.

Resepi Kuih Cakoi Lembut Gebu  terbaik untuk hidangan.



Bahan – Bahan Resepi Kuih Cakoi Lembut Gebu

1 cawan air
2 cawan tepung roti
1/4 camca teh yis segera
1 camca teh gula
1 camca teh garam
1/2 camca teh soda bikarbonat
1 camca besar minyak mazola
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan Kuih Cakoi

Pertama , dalam satu bekas , masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau rata. Dalam satu bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan ys segera , kacau kering hingga sebati sedikit dan selepas itu, buat lubang di tengah-tengah adunan . Masukkan bahan campuran gula, garam , minyak dan air tadi. Adun sehinggan sebati terlebih dahulu.

Kedua , pindahkan aduanan ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung gandum sebagai alas, adun sehingga menjadi doh. Apabila menjadi doh, bahagikan kepada dua bahagian berbentuk panjang 40cm. Selepas itu doh ditutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam.

Tips – Letak doh di tepi peti ais untuk suhu yang lebih tinggi bagi doh mengembang elok.
Ketiga , selepas 1 jam, ratakan doh dan bahagikan kepada bahagian kecil berzaiz 1cm tebal dan panjang 2 cm. Biarkan lagi 10-15 minit. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.

Keempat , apabila minyak panas, ambil dua potongan tadi dan tindihkan bersama. Tekan doh yang cantum di tengah-tengah dan tarik hujung dengan chopstik untuk bagi panjang. Goreng menggunakan api sederhana sehingga kekuningan.

Siap dah kuih cakoi. Memang sangat gebu dan best rasanya taw
http://daridapur.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...