Rabu, 24 Februari 2016

Fakta Ini Buat Ibu Hamil Bersyukur Kalau Kena Morning Sickness

morning sickness
Kalau anda sedang mengalami morning sickness teruk semasa mengandung, jangan risau dan mengeluh. Sebaiknya anda perlu bersyukur kepada Tuhan kerana ia memberikan petanda yang baik.

Mengapa? Ini fakta menarik yang ibu hamil perlu tahu.

1. Menurut jurnal dari Reproduksi Toxology, ibu hamil yang selalu mengalami morning sickness seperti mual dan muntah di awal kehamilan mempunyai kurang risiko keguguran berbanding ibu hamil yang langsung tidak mengalami sebarang gejala morning sickness.




2. Dalam kajian tersebut juga dinyatakan terdapat kaitan antara morning sickness dengan risiko rendah untuk ibu hamil melahirkan bayi pramatang.

3. Fakta ini juga pasti mampu melegakan hati ibu hamil yang morning sickness kerana ternyata gejala mual boleh meningkatkan peluang anak dalam kandungan mempunyai tahap kepintaran yang tinggi terutama dalam bidang memori nombor, pencapaian verbal dan kefasihan bercakap.

Untuk pengetahuan ibu hamil, gejala morning sickness berlaku disebabkan oleh meningkatkan kadar hormon hCG Beta dan paras yang lebih tinggi dari progestoeron dan estrogen ketika hamil.
Namun bukan semua ibu hamil akan mengalami morning sickness. Walaupun mengalami morning sickness, ibu hamil tetap perlu makan untuk mendapatkan khasiat.

Atasi mual dan muntah dengan makanan sihat supaya tidak menjejaskan perkembangan janin terutama di waktu penting awal kehamilan.


Berikut beberapa pilihan makanan yang membantu mengurangkan rasa loya dan mual untuk makan.

a. Brokoli

Awal kehamilan, ibu digalakkan mengambil banyak sayuran hijau kerana kandungan seratnya dapat mengelakkan daripada masalah sembelit. Sayur brokoli antara pilihan yang sesuai.
Brokoli mengandungi folat, kalsium, lutein, zeaxantin dan karotenoid yang baik untuk membantu perkembangan penglihatan janin dalam rahim. Kalium yang terkandung dalam brokoli membantu menstabilkan tekanan darah.

b. Yogurt

Biasanya awal mengandung, ibu tak selera hendak minum susu. Jangan risau, ganti sahaja dengan yogurt. Bagi ibu yang sebelum ini tidak selera minum susu tetap boleh mendapat khasiat kalsium daripada susu. Yogurt mengandungi protein, kalsium, vitamin B dan zink bahkan dikatakan kalsium dalam yogurt lebih tinggi daripada susu.
c. Buah beri

Keinginan untuk makan masam bagi mengurangkan rasa loya dan mual yang dialami memang tinggi ketika awal hamil. Bagaimanapun kebanyakan asam tidak mengandungi sebarang khasiat.
Jadi, apa kata anda gantikan asam dengan pilihan buah strawberi, bluberi, rasberi yang nyat alebih tinggi khasiat seperti vitamin C, potasium, folat, serat dan antioksidan.

d. Daging

Ibu hamil cenderung untuk mengalami masalah anemia atau kurang darah sepanjang hamil. Jadi, sebaiknya pastikan anda makan makanan kaya dengan sumber protein, vitamin B12, B6 dan niacin iaitu daging.
Selain itu daging juga mengandungi kolin yang akan membantu perkembangan janin. Jika anda tidak gemar makan daging di awal kehamilan, variasikan daging dalam masakan kegemaran. Potong nipis daging atau buat cincangan halus sebagai penambah rasa. Ia mungkin mengurangkan rasa mual anda terhadap hidangan daging.

e. Kekacang

Mungkin dalam banyak-banyak makanan, kekacang antara yang ibu boleh makan di awal kehamilan. Sememangnya kekacang adalah sumber protein, zat besi, folat, kalsium dan zin yang baik.
Sumber mineral ini memang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan janin di awal trimester. Jadi, jangan risau kalau kekacang yang menjadi kudapan anda untuk menghilangkan loya dan mual.
pama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...