Ahad, 28 Februari 2016

Jaga-jaga, Ini 6 Tanda Anda Mula Bosan Dengan Pasangan

Awas! 6 Tanda Anda Mula Bosan Dengan Pasangan. ‘Check back the list!’

“Aku bo bo bo bo bosan
Aku Bosan dengan bla bla bla
Bla bla blabla mulutmu.
Cukup malas aku
Dengar alasan mu
Kerna aku terlampau
Bo bo bo bo bosan”
 
Tengah memandu ke tempat kerja tu tiba tiba pula stesen radio ni putarkan lagu ‘Bosan’ ni. Dalam sedap sedap menyanyi tu, terfikir juga. Manusia memang dilahirkan dengan sifat cepat bosan bukan?




Sewaktu kecil dulu ikut ibu ke pasaraya, bukan main mahukan mainan baharu. Bila ibu tak bagi, mengamuk menjerit sampai satu pasaraya pun toleh kearah kita.

Selagi tak dapat selagi tu tak diam. Bila dah dapat, balik rumah, main dua tiga jam, tinggallah barang mainan tu di tengah halaman rumah dek kerana dah bosan bermain dengannya.

Bila dah dewasa, masuk pulak alam percintaan seterusnya perkahwinan. Kalau ikutkan perangai dari zaman kanak-kanak dulu, bila dah lama dengan sesuatu benda atau orang tu, terasa bosan. Dah bosan, mula lah mencari yang baharu. Tukar pasangan macam pakai lampin pakai buang.

Foto Kredit: bittersweetadventure.com
Alahai, teringat waktu zaman bercinta dulu. Tak pernah bosan! / Foto Kredit: bittersweetadventure.com

6 Tanda Anda Mula Bosan Dengan Pasangan

Sebenarnya, ada tanda-tanda awal bahawa kita sebenarnya sudah mula bosan dengan pasangan tanpa sedar. Cuba ‘check’ semula senarai di bawah!

1) Hilang rasa prihatin

Sewaktu awal perkahwinan, pulang sahaja dari kerja, si dia terus berlari mendapatkan kita. Mahu sahaja diceritakan setiap perkara yang berlaku sepanjang hari.

Bahkan melihat kucing melintas jalan pun mahu dicerita. Kita pula dengan tekunnya mendengar seolah-olah perkara yang diceritakan sangat menarik hati. Lawak hambar darinya pun digelak bersungguh-sungguh seperti menonton Maharaja Lawak.

Tiba-tiba suatu hari, bila si dia bercerita, disambut dengan respon “Hmm..Hmm..” sahaja. Lebih menyedihkan, siap dimarah pula si dia, “Eh! Awak boleh tepi sikit tak banyak lagi kerja tak siap ni”. Awas! Anda mungkin tidak menyedari, tetapi itu adalah tanda awal anda mula terasa bosan dengan pasangan. Apa sahaja yang dikeluarkan dari mulutnya terasa hambar dan tidak menarik lagi.

2) Leka dengan ‘handphone’

bosan dengan pasangan
Foto Kredit: nnm.me
Sebelum ini, jika sudah bersedia untuk tidur, waktu itulah digunakan untuk menatap wajah si dia setelah seharian penat bekerja. Dapat menatap mata antara satu sama lain pun jadilah. Terasa luluh segala bebanan di dada.

Tetapi lewat ini, naik sahaja ke atas katil sebelum tidur, terus menatap handphone di tangan. Gelak ketawa pun menghadap handphone. Pasangan kat sebelah, dibuat ‘derk’ sahaja. Seolah-olah dunia ini ana dan ‘handphone’ ana yang punya.

Ketahuilah, bila anda terasa bahan-bahan di internet lebih menarik untuk ditatap tanpa mempedulikan pasangan di sebelah, anda sedikit demi sedikit menjauhkan diri kerana bosan untuk melayan si dia!

3) Memberi respons yang kabur

Sewaktu segala-galanya masih indah, semua berkaitan si dia kita hendak tolong buat keputusan. Baju apa perlu dipakainya, tali leher mana yang sesuai, kasut mana yang elok. Kalau keluar ‘dating’ pula, ada sahaja tempat-tempat yang mahu dikunjung bersama.
bosan dengan pasangan
Kalau dulu-dulu, ada saja ‘surprise’ romantik. Sekarang? / Foto Kredit: petrotimes.vn

Namun, tiba-tiba apabila si dia bertanyakan pendapat tentang baju yang dipakainya, respons yang diberikan seperti separuh rela. Diajak keluar dating pun, dijawabnya, “Hmm, nantilah saya fikir dulu”.
Mungkin anda tidak perasan, tetaapi respons yang kabur ini lahir kerana perasaan bosan yang sudah mulai berputik di hati.

4) Sentiasa mengelak

Apabila ada sahaja waktu yang dapat diluangkan berdua, anda lebih selesa untuk menjauhkan diri. Ada sahaja alasan yang digunakan untuk mengelak. Baju belum basuh lah, rumah belum kemas lah, dan bermacam-macam lagi lah alasan yang lahir.
Apa sahaja asalkan dapat mengelak untuk berdua-duaan. Sudah tentulah situasi ini kerana anda tidak lagi rasa selesa dengan kehadirannya malah terasa mengganggu pula.

5) Tiba-tiba ‘workaholic’

Dulu tepat sahaja jam menandakan tamat ‘office hour’, terus terpacak depan kereta mahu pulang ke rumah. Kerja pun tidak mahu dibawa pulang ke rumah kerana mahukan ‘privacy’ bersama pasangan tanpa gangguan masalah di tempat kerja.
Tetapi kini tanpa disedari, masa berada di pejabat lebih disukai malah setiap hari ‘overtime’. Kalau pulang ke rumah pun, kerja-kerja dari pejabat dibawa bersama. Jaga-jaga, ini mungkin tandanya bahawa anda tidak lagi berminat dengan pasangan anda.

6) Lebih mementingkan teman

Bukan sahaja buat ‘overtime’ di pejabat, malahan apabila rakan-rakan sepejabat ajak makan malam bersama, terus bersetuju tanpa lengah lagi. Melepak pula sehingga lewat malam. Tidak teringat langsung pasangan yang menanti di rumah.

Tidak termasuk lagi di hujung minggu, laju sahaja buat temu janji bersama rakan-rakan di ‘shopping mall’. Keadaan ini bahaya, apabila dibiarkan mungkin menjadi lebih teruk dan merasa lebih bahagia bersama rakan-rakan berbanding dengan pasangan di rumah.
bosan dengan pasangan
Jangan dibiarkan bosan berpanjangan. / Foto Kredit: huffingtonpost.com

Atasi rasa bosan anda!

Apabila telah terasa tanda-tanda di atas mula bercambah, anda perlu segera mencari solusinya. Atasilah rasa bosan anda dengan apa cara sekalipun agar rumah tangga yang dibina kembali berseri. Sayang sekali bukan jika mahligai kita runtuh dengan tiba-tiba?

Jadi bertindaklah dengan bijak mengawal diri.
sirap limau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...