Selasa, 23 Februari 2016

Resepi Ayam Teppanyaki Sedap Menjilat Jari

Bagi peminat makanan teppanyaki, dan nak cuba masak sendiri, meh saya nak share resepi ayam teppanyaki yang sangat simple dan mudah untuk korang cuba. Lepas ni, tak payah makan kat kedai dah. Masak sendiri lebih jimat dan kita yakin dengan kebersihan makanan kita.
  
Resepi Ayam Teppanyaki




Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. Beberapa ketul ayam (isi tanpa tulang)
  2. Carrot (dipotong panjang dan halus seperti batang mancis)
  3. Taugeh
  4. Daun kuchai
  5. lada hitam
  6. bawang putih (ikut kesesuaian anda)
  7. kicap cair
  8. sedikit garam
  9. minyak & butter untuk menggoreng
Cara-cara memasak :
  1. Potongkan isi ayam kecil-kecil, basuh sehingga bersih, kemudian toskan airnya dan gaulkan dengan sedikit lada hitam. Perap dalam 5 minit.
  2. Ambil 2 ulas bawang putih, hiris nipis.
  3. Masukkan sedikit minyak di dalam kuali leper, bila minyak dah panas, tumiskan bawang putih tadi. Balik-balikkan bawang putih supaya masak dan naik bau wangi.
  4. Masukkan isi ayam yang telah diperap, dan masak sehingga kekuning-kuningan. Sambil-sambil tunggu ayam tu masak, percik-percikkan kicap cair dan serbuk lada hitam ke dalam kuali.
  5. Bila ayam sudah masak dan warna kekuning-kuningan, ketepikan kemudian, masukkan pula carrot, diikuti taugeh dan kuchai. Gaulkan sehingga rata sambil percik-percikkan kicap cair ke dalam kuali. Untuk sayur tak perlu masak terlalu lama. Sekejap sahaja dah memadai. Bila kita makan ada rasa rangup-rangup carrot dan taugeh tu lagi sedap.
  6. Untuk bawang putih goreng pula, hiriskan seberapa banyak bawang putih yang diinginkan, kemudian gaulkan dengan sedikit garam.
  7. Panaskan kuali dan tuangkan minyak dan masukkan sedikit butter ke dalamnya. Bila minyak dah panas, masukkan bawang putih tadi, dan goreng sehingga warna keemasan. Gunakan api sederhana. Bila warna mula keemasan, cepat-cepat angkat dan toskan minyak di atas kertas tisu.
  8. Hidangkan semuanya dalam satu pinggan/bekas. Dan sedia dinikmati bersama nasi panas. Nyums..nyums…
http://mamachrysalis.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...