Selasa, 16 Februari 2016

5 Resepi Pasta Yang Mudah, Hanya 20 Minit Sahaja

Resepi pasta boleh dikatakan mudah dan pantas untuk disediakan, apatah lagi sangat menyelera bahkan satu hidangan yang sihat. Sos biasanya mengandungi tomato, bawang merah, bawang putih, minyak zaitun dan diperisa dengan herba-herba seperti daun bay, thyme atau oregano. Lagi sedap jika ditambah dengan pelbagai jenis makanan laut seperti udang, sotong, kekapis, kupang dan kerang.

#1 Fettuccine + Udang + Asparagus
pasta  





pasta2
Panaskan 2 sudu teh minyak zaitun dalam kuali besar dengan api yang sederhana. Tambah 3 bawang merah yang telah dihiris dan tumis sehingga bawang merah lembut dan keperangan, kira-kira 5 minit.

Tambah sedikit udang (ikut selera nak banyak atau sedikit), pastikan dikupas. Tumis sehingga udang menjadi merah jambu dan hampir masak, kira-kira 3 minit. Tumisan tersebut dimasukkan ke dalam mangkuk hidangan.

Kuali dipanaskan dan tambah 2 sudu teh minyak zaitun. Tambah juga asparagus yang telah dipotong, tumis kira-kira 4 minit, taburkan juga kepingan lada merah.

Sementara itu, masak pasta dengan air mendidih dalam periuk yang besar dengan ¼ sudu teh garam sehingga tekstur yang dihendaki diperolehi. Air lebihan pasta disimpan untuk sos.

Masukkan udang dan bawang merah ke dalam kuali, tambah parutan kulit sebiji lemon dan kacau kesemunya. Tambah juga 1/2 cawan heavy cream, 1/2 cawan air lebihan pasta, masak dan kacau, tambahkan perasa – garam dan lada.

Hidangkan sos bersama pasta ke dalam periuk. Tambah 2 sudu besar mentega dan perahan sebiji jus lemon. Gabungkan kesemuanya, cuba perisa, tambah lebih banyak air jika inginkan pasta sedikit lembab. 

Hidangkan panas ataupun suam.


#2 Fettuccine + Kekapis + Peas + Lemon
Pasta-DInners-Ingredients11
Pasta-DInners6
Masak 1 pound pasta dalam periuk besar. Toskan dan simpan lebih kurang 1 cawan lebihan air pasta.
Panaskan 1 sudu besar mentega dalam kuali besar dan masukkan 1 pound kekapis, biarkan keperangan, kira-kira 3 minit setiap sisi. Pindahkan ke pinggan, tutup supaya kekal panas.
Tumis 3 ulas bawang merah, tambah 1/2 hingga 1 cawan air lebihan pasta, 2 cawan kacang peas, renehkannya.
Tambah 1 sudu mentega, 1 atau 2 perahan jus lemon, ikut suka nak masam atau tidak. Tambah lagi 2 sudu teh daun thyme segar.
Setelah sos siap, tuang ke dalam pasta, perisakan. Tabur kekapis yang anda goreng tadi.


#3 Fettuccine + Sosej + Brokoli + Parmesan
pasta sosej3
pasta sosej
Dalam kuali panas, masukkan 1 sudu besar minyak zaitun. Tumis 1 pound sosej dengan sedikit bawang putih cincang. Asingkan sosej ke dalam mangkuk.
Lemak sosej yang tinggal di dalam kuali, tumiskan brokoli yang dipotong nipis sehingga disalut dengan minyak
Sementara itu, masak 1 pound pasta ke dalam periuk. Tos dan alihkan 1 cawan air lebihan pasta.
Tambah 1 cawan broth (stok ayam atau stok sayuran), tutup kuali dan kukus brokoli sehingga lembut. Tambahkan kira-kira 1/2 cawan air lebihan pasta ke dalam kuali. Tips – jika ingin pasta berair, anda boleh tambahkan lagi air lebihan pasta.
Dalam mangkuk besar, tuangkan sos ke dalam pasta, tambahkan sosej. Kira-kira 1/2 cawan keju Parmesan parut ditabur. Seperti biasa, perisakan pasta anda supaya lebih enak dan sedap.


#4 Fettuccine + Kale + Peppers + Bawang
Pasta-DInners-Ingredients7
Pasta-DInners4
Masak 1 pound pasta ke dalam periuk besar. Tos dan simpan 1 cawan air lebihan pasta.
Dalam kuali panas yang diletak minyak zaitun, tumis 2 biji bawang besar dan 2 biji lada benggala yang dihiris nipis, masak kira-kira 8 minit.
Masukkan 1 sudu besar fennel seed. Tambah 4 cawan daun kale yang telah dibasuh dan dicincang, tumis sehingga kale layu, kira-kira 5 minit.
Setelah itu, tambah kira-kira 1/2 cawan air lebih pasta dan 1 cawan stok ayam atau sayur-sayuran (pastikan ianya panas), biarkan reneh.
Sos tersebut dituang ke dalam pasta, tambah 1 sudu besar minyak zaitun dara. Cuba perisakan.


#5 Fettuccine + Terung + Basil + Feta
Pasta-DInners-Ingredients9
Pasta-DInners5
Pertama, seperti biasa, masak 1 pound pasta (ikut suka berapa banyak kuantiti pasta yang anda perlukan) Tos dan simpan 1 cawan air lebihan tersebut.

Tumis 4 biji bawang merah yang dihiris nipis ke dalam kuali yang telah diletak minyak zaitun. Kemudian, masukkan 3 cawan terung yang dipotong dadu. Tumis sehingga lembut dan keperangan, kira-kira 8 minit memadai.

Tambah 1/2 cawan air lebihan pasta dan 1 cawan sos tomato panas, biarkan reneh dan sentiasa kacau untuk elak sos pekat dan hangit di bahagian bawah.

Setelah terung dan sos masak, tuang ke dalam pasta. Selesaikan dengan 1 sudu besar mentega atau minyak zaitun dara.

Perisakan pasta, letah hidangan ke pinggan. Tabur 1 cawan keju feta hancur dan 1/2 cawan basil segar yang dihiris nipis.

Tips lagi: 
  • Taburkan emping cili ke atas pasta sebelum dihidangkan jika anda lebih suka versi yang pedas. 
  • Anda juga boleh menggunakan jenis pasta yang lain seperti linguine, fettuccine, tagliatelle atau penne. 
  • Bagi menambahkan kesedapan sos, simpan sebahagian air masakan pasta.
Okay nampak sedapkan kesemuanya? Apa lagi, anda boleh cuba resepi ini sekarang.

http://www.wanista.com

1 ulasan:

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...