Rabu, 4 Julai 2012

Terung Goreng Bercili


ni menu feberet saya

Terung Goreng Bercili
Bahan-bahan
3 - 4 biji terung panjang
3 sudu cili mesin/blend
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*sedikit belacan
sedikit ikan bilis (cuci & tumbuk kasar)
sedikit jus asam jawa
garam
gula
sedikit minyak
bahan yg bertanda * hendaklah ditumbuk 
 
 
 
 
 


Cara-cara:

Terung dibelah dan dipotong dua. Goreng terung dengan 2 sudu minyak hingga agak layu. Angkat dan toskan minyaknya.
Dengan kuali bekas goreng terung tadi, tambahkan sedikit lg minyak (2 sudu). Tumiskan bahan2 yg bertanda * dan cili mesin hingga garing. Masukkan ikan bilis. kacau hingga agak kering, kalau suka kuah tambah sedikit air air. masukkan jus asam jawa. Perisakan dengan garam & gula. Masukkan terung goreng tadi dan gaul rata. Tutup api dan bolehlah dihidangkan. Sedia untuk dimakan
 izzaiynas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...