Assalamualaikum w.b.t. Sudah tentunya setiap orang mempunyai
beberapa tips untuk cantik tapi pastikan tips yang anda praktikkan
tersebut betul dan berkesan. Di sini, beberapa info yang perlu anda
tahu:
1. Ubat gigi menyembuhkan jerawat.
Memang betul ubat gigi boleh menyembuhkan jerawat tapi pastikan
anda guna yang tanpa bahan pemutih kerana ubat gigi yang mengandungi
bahan pemutih memberi iritasi kepada kulit.
2. Kosmetik semulajadi elak alergi.
Bukan semua kosmetik yang menggunakan bahan semulajadi sesuai untuk
kulit anda. Jadi, sebelum mencuba komestik pada wajah, sapukan sedikit
pada belakang telinga. Kalau terasa gatal dan merah-merah, itu
menunjukkan kulit anda sensitif kepada bahan yang terdapat produk
komestik tersebut.
3. Kulit kering punca kedutan
Sebenarnya, faktor utama yang menyebabkan kulit berkedut adalah
disebabkan oleh sinaran cahaya matahari yang berlebihan. Jadi, pastikan
anda menggunakan sunblock dengan spf yang tinggi supaya dapat melindungi
kulit dengan lebih lama. Gunakan sunblock 20-30 minit sebelum keluar
rumah bagi membolehkan krim meresap ke dalam kulit.
4. Rambut bercabang boleh diatasi dengan syampu.
Syampu semata-mata sebenarnya tidak dapat mengatasi rambut
bercabang. Gunakanlah kaedah yang lebih mudah iaitu memotong hujung
rambut yang bercabang dan mencegahnya dengan rawatan rambut yang lebih
baik. Selain itu, jangan terlalu terdedah di bawah sinaran matahari dan
sesekali lakukan rawatan creambath di salun.
5. Rambut mudah rosak jika dicuci setiap hari.
Mitos yang mengatakan bahawa mencuci rambut paling baik iaitu
seminggu sekali adalah salah. Dalam persekitaran sekarang yang penuh
dengan pencemaran, rambut yang dibiarkan tanpa dicuci selama seminggu,
pasti akan membuat rambut semakin kusam dan rosak. Jadi, rajinlah
bershampu dengan menggunakan shampu yang sesuai untuk digunakan
sehari-hari.
6. Jangan gosok gigi terlalu kerap
sheeraya.blogspot./gilerkentangblogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan