Hanya tinggal lebih
kurang 16 hari sahaja lagi sebelum majlis pernikahan Khairul Fahmi Che
Mat(Apek) dan Leuniey. Di waktu ini, Apek sedang sibuk menjalani latihan
untuk menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF
menentang Thailand.
Pastinya Apek tersenyum
girang apabila Pejabat Menteri Besar Kelantan mengesahkan yang Tuan Guru
Nik Aziz sendiri akan menikahkan dirinya dengan Leuniey pada 28
Disember kelak. Hal ini telah disahkan oleh ayah Leuniey kepada portal Murai:-
Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan. Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi.
Semoga majlis pernikahan Apek dan Leuniey kelak akan berjalan dengan lancar. Semoga Apek menggunakan pengalamannya beraksi di “big match” untuk menghilangkan darah gemuruh.
murai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan