“Kanak-kanak di Gaza seolah-olah tidak terkesan dengan bom yang dijatuhkan setiap empat
minit, tidur malam pun nyenyak, mereka seperti dijaga dan Allah memberi
mereka perlindungan sehingga tidak terkesan dengan kejadian menimpa
negara mereka,” kata artis serba boleh, Afdlin Shauki menceritakan
pengalamannya di Gaza.
Menurutnya,
banyak perkara menakjubkan ditemui dan dipelajarinya ketika mengikuti
misi kemanusiaan Aqsa2Gaza 11 di sana, termasuk kekentalan dan kekuatan
mental rakyat Gaza yang masih mampu bercerita mengenai keluarga
masing-masing walaupun sesetengahnya mati syahid.
“Sewaktu
kami ke rumah orang syahid, kami dapat lihat betapa kuatnya mereka
ketika bercakap mengenai keluarga yang dibunuh dan meninggal syahid,
mereka bercerita bukan untuk meminta simpati, tetapi menceritakan fakta
sebenar apa berlaku kepada keluarga mereka.
“Kami
yang mendengarnya bergenang air mata. Kami akui mereka di sana amat
kuat, mereka bersatu hati untuk terus tinggal di Palestin dan
membangunkan Gaza sehingga seluruh rakyatnya bebas dari cengkaman
Zionis,” katanya ketika ditemui sebaik tiba bersama sukarelawan lain di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.
Hadir menyambut kepulangan mereka Pengerusi Pemegang Amanah Aqsa Syarif,
Prof Dr Hafidzi Mohd Noor.
Misi
kemanusiaan kendalian Aqsa Syarif selama seminggu sejak 3 Disember lalu
diketuai Norazmi Talib dengan disertai 17 sukarelawan termasuk pelakon,
Zain Saidin dan Bront Palarae.
Dalam
misi itu, Aqsa Syarif turut menyumbangkan dana hasil kutipan tabung
yang dilancarkan badan berkenaan serta membekalkan pelbagai keperluan
termasuk makanan, pakaian dan selimut kepada penduduk Gaza.
Afdlin
berkata, dia mengakui agak cuak sebelum berlepas ke Gaza sebelum ini,
namun perasaannya bertukar sebaik menjejakkan kaki di bumi berkenaan.
“Saya berasa seolah-olah berada di satu kawasan yang paling selamat dan amat tenang serta sukar digambarkan,” katanya.
Malah,
katanya, ketika perasaannya berat untuk pulang ke tanah air selepas
beberapa hari berada di Gaza, seperti beratnya perasaan meninggalkan
isteri dan anak sebelum ke sana.
“Penduduk
di Gaza amat peramah dan tidak pernah jumpa seperti mereka. Jika
berpeluang saya ingin kembali ke Gaza lagi ,” katanya yang dilantik
sebagai duta kehormat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Gaza.
di-sini-bermula.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan