Tahukah kalian, siapakah mereka yang membaca kitab al-Quran di dalam foto-foto yang Abang Bisu postkan
? Dari manakah asal mereka ? Apa yang berlaku di negara mereka ? ..
Bagi kalian yang tidak mengetahui jawapan-jawapan yang dilontarkan, di
sini ingin Abang Bisu menjawab segala persoalan tersebut.
Mereka
ialah kanak-kanak perempuan Palestin. Negara mereka tidak pernah aman
daripada pergolakkan berdarah sejak lebih 60 tahun yang lalu. Tetapi,
apa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada mereka tidak pernah mereka
abaikan. Apa yang Baginda ajarkan ? Adakah Baginda tidak mengajarkannya
kepada kita ? Bacalah petikkan sabdaNya di bawah..
Sabdaan
keramat di atas takkan mereka lepaskan dari genggaman biarpun nyawa
mereka yang akan melayang. Tuntas.. Di manakah terletaknya kesungguhan
diri kita sebagai rakyat yang berdaulatkan negara aman tiada perperangan
? Seringkalikah kita menta'amul al-Quran dan Hadis Nabi SAW ? Tepuk
dada jawablah sendiri. Tiada siapa yang lebih mengenali diri kita
melainkan kita jua, tuan peminjam jasad sementara.
Ya
Allah.. Seandainya masih ada di kalangan umat islam yang mempunyai
lidah-lidah kaku , kelu dan sukar untuk membaca Kitab Mu, maka
bukakanlah hati mereka dan lembutkanlah lidah mereka. Agar suatu hari
nanti, akan bersemarak kemegahan KalamMu di segenap 'alam ini.
Sesungguhnya, kepada Mu sahaja tempat kami memohon pertolongan.
kayrawan bisu blogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan