Seseorang
yang selamat daripada bot karam terdampar di sebuah pulau yang tidak
berpenghuni. Tiada tempat perlindungan langsung tapi ada bahan-bahan
yang membolehkan dia membuat sebuah pondok kecil untuk jadi tempat
berlindung dari panas dan hujan.
Setiap hari dia mendongak ke
langit dan memandang jauh ke tengah laut mengharapkan bantuan tetapi
tiada nampak bayang pun. Dia sentiasa memohon kepada Tuhan untuk
keselamatannya dan meminta supaya ada orang yang menjumpainya.
Satu hari ribut petir berlaku sehingga pondok kesayangannya disambar petir sehingga terbakar. Dia sangat kecewa dan mula kecewa dengan Tuhan yang kononnya tidak adil.
Tetapi tidak lama kemudian sebuah kapal terbang berlegar-legar di udara dan turun menyelamatkannya.
Apabila
ditanya kepada pilot kapal terbang, bagaimana mereka mula
menjumpainya.. pilot tersebut mengatakan mereka nampak kepulan asap
daripada kebakaran pondok tadi.
Moral:
Kita seringkali
merasa mudah sekali untuk menyerah dan meyalahkan takdir ketika keadaan
yang tidak dingini berlaku kepada kita. Tetapi kita tidak boleh
begitu, kerana Tuhan ada di dalam hidup kita ketika kita dalam
kesakitan dan kesusahan.
Ingatlah, ketika “pondok” kita
terbakar, mungkin itu ‘tanda asap’ bagi kuasa Tuhan. Ketika ada
kejadian negatif terjadi, kita harus berkata pada diri kita sendiri
bahawa Tuhan pasti mempunyai hikmah dan jawapan yang positif untuk
kejadian tersebut.
http://alkurawi.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan