Ahad, 12 Mei 2013

Nasihat Dalam Unsur Jenaka by Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Pelbagai unsur-unsur nasihat yang berguna kepada diri kita sendiri dan orang lain boleh diperolehi. perkara yang penting sekali adalah adakah kita sebagai manusia terutamanya umat Islam dapat menerima seterusnya menjadikan nasihat-nasihat tersebut sebagai pedoman hidup.

Entri kali ini akan saya fokuskan kepada nasihat-nasihat yang mana telah diselitkan dengan jenaka dipetik daripada ceramah-ceramah oleh penceramah yang disukai ramai terutamanya golongan muda iaitu Ustaz Azhar Idrus. Diharap ianya memberikan sedikit sebanyak kesedaran dalam diri pembaca blog Perantau dan untuk penulis blog Perantau sendiri.

 




1. "Kita boleh khatam berita harian & utusan me-layu  , tapi belum tentu dh khatam Al-Quran. Bacalah Surah Al-Kahfi malam ini."

2. "Jika dapat isteri yang suka berleter, dapat pahala kalau bersabar. Jika nak cari bakal isteri yang kuat berleter, silakan, tapai hantaran kena sertakan dengan headphone."

3."S: Apa hukum merenjis tepung pada pengantin? Ustaz: Bidaah kerana tepung adalah makanan. Lebih baik guna tepung buat cekodok bagi makan pengantin."

4. "S: " Apa hukum tawar menawar dalam pembelian? Ustaz: Harus, tapi tak boleh bila menyakitkan hati seperti motor harga rm60,000 pergi tawar rm6,00!"

5."S: Saya sering alami bayangan seksual, apa perlu saya buat?. Ustaz: Ini kes selalu tengok yang bukan-bukan. Kalau selalu tengok Al-Quran tak jadi masalah ni. Kahwin je la cepat2."

6."Wanita walaupun dah berumur , anak dah berderet, wajib berhias juga untuk suami. Jangan biar rupa jadi macam kak limah, suami tengok terus putus angin."

7."Adat bertunag, gadis yang diam senyum malu-malu itu tanda setuju, Gadis yang berkata SETUJU tandanya itu TAK TAHU MALU."
http://syawalgerd.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...