Masa hujung minggu selalunya tencari-cari tempat manakah yang nak pergi
untuk beriadah bersama keluarga, lari dari kesibukan kerja seminggu..
Semestinya tempat2 riadah seperti sungai, kawasan air terjun dan taman
rekreasi menjadi tumpuan seisi keluarga kerana suasana nyaman dan
berlainan dari keadaan harian...
Jadi jom kita selongkar antara kawasan2 tumpuan seisi keluarga beriadah....ke taman-taman rekreasi di Malaysia...
1. Taman Rekreasi Gunung Keriang - Kedah
Terletak lebih kurang 12km dari Alor Setar, Taman Rekreasi Gunung
Keriang terkenal dengan jelajah hutan dan berkhemah. Gua Guning Keriang
yang berdekatan juga berbaloi untuk diterokai.
2. Hutan Rekreasi Bukit Hijau - Kedah
Rimbun dengan flora dan fauna, Hutan Rekreasi Bukit Huijau terletak di
Baling, 120km di tenggara Alor Setar. Ianya adalah tempat perlindungan
bagi pecinta-alam yang mencari tempat berehat dan ketenangan. Berkelah
di air terjun jernih kristal tujuh tingkat adalah satu tarikan utama di
sini.
3. Taman Ulu Muda Eko - Kedah
Terletak di bahagian timur Kedah, rantau Ulu Muda seluas 105,000 hektar
ini adalah lanskap hutan terbesar di Kedah. Satu hutan warisan yang
terpencil dan tidak terusik, disebut sebagai satu daripada 10 destinasi
eko-perlancungan terbaik dibawah Rancangan Eko-Perlancungan Kebangsaan,
hutan ini menjangkau ke Thailand membolehkan pergerakkan bebas kehidupan
liar melintasi sempadan. Kawasan-kawasan yang bertaburan dengan
batu-batu kecil granit adalah sebagai sumber mata air galian panas dan
sembilan jilat garam, termasuk Sita Hangat, mata air galian terbesar di
negara ini. Dianugerahkan dengan kecantikan alam yang terbaik, taman
ekologi ini menjadi sebagai suatu simpanan untuk pelbagai mamalia
Malaya liar, besar dan kecil
4. Teman Rekreasi Gua Kelam - Perlis
Satu kilometer dari pekan damai Kaki Bukit, barat laut Perlis, ialah
Gua Kelam. Kaki Bukit dulu adalah pekan kecil yang terlibat dalam
perlombongan timah bawah tanah. Dipercayai telah dikorek dari sebahagian
banjaran gunung batu kapur oleh sungai kecil bawah tanah dalam satu
tempoh yang sangat lama, Gua Kelam mempunyai 370 meter panjang laluan
gua. Satu laluan kayu tergantung di keseluruhan jarak laluan yang
bercahaya membolehkan pelawat-pelawat meninjau stalaktit dan stalagmite
yang tebentuk dengan menarik. Berdekatan dengan pintu masuk gua ialah
satu taman rekreasi. Disamping mempunyai tempat letak kereta yang
mencukupi, taman ini mempunyai pusat maklumat pelancung, gerai makan dan
kemudahan-kemudahan sukan air.
5. Taman Negeri Perlis - Perlis
Satu lagi pengalaman di Perlis yang tidak dapat dilupakan ialah Taman
Negeri yang merentasi sepanjang banjaran bukit batu kapur berterusan
yang paling panjang di negeri ini, terletak di bahagian barat laut
sempadan Malaysia-Thai. Mengandungi sejumlah luas kawasan 5,000 hektar,
Taman Hutan simpanan ini menawarkan pelbagai pemandangan alam yang
terindah.
Banjaran Nakawan mempunyai lereng-lereng hutan yang tebal, sistem gua
yang luas, bukit yang sangat curam dan banyak sungai-sungai kecil di
hutan.
6. Taman Rekreasi Bukit Air – Perlis
Ianya terletak beberapa kilometer ke utrara Kelab Golf. Pelawat-pelawat
boleh mengalami lanskap yang cantik dan kebingitan hutan tropika.
Sungai-sungai kecil yang dingin meliku melalui hutan tropika dan air
terjun lata menuju ke kolam berbatu. Ianya adalah lokasi yang terhebat
untuk berkelah, taman ini mempunyai tapak berkhemah dan kesemua
kemudahan asas.
7. Taman Rekreasi Bukit Mertajam – Pulau Pinang
Terletak di kaki Bukit Mertajam adalah satu taman rekreasi yang agak
tidak terusik oleh manusia. Untuk yang sukakan pengembaraan, pendakian
bukit adalah lebih kurang 4 kilometer disepanjang laluan hutan. Di atas
bukit, seseorang dapat merasai aliran air yang dingin dan pemandangan
Bukit Mertajam yang indah dan kawasan disekelilingnnya. Diatas puncak,
satu perasaan aman dan tenang dapat memujuk hati pelawat-pelawat.
8. Taman Rekreasi Ulu Bendul – Negeri Sembilan
Terletak 16km dari Seremban, Ulu Bendul adalah satu dari enam taman
rekreasi yang telah dikenalpasti untk pembangunan eko-perlacungan.
Sekeliling taman ini yang rendang dan air dingin dari sungai kecil di
gunung yang segar membuatkan Ulu Bendul tempat tumpuan perkhemahan yabg
digemari. Gunung Angsi yang setinggi 825m itu menyediakan
laluan-laluan cabaran untuk pendaki gunung dan jejak-jejak hutan yang
menarik bagi pecinta alam.
9. Taman Rekreasi Serting Ulu – Negeri Sembilan
Ianya terletak di Hutan Simpan Serting; lebih kurang 15 minit perjalanan
dari Simpang Pertang di Jempol. Kemudahan-kemudahan yang ada termasuk
bangsal rehat, gerai makan, bilik rehat dan pavilion. Air terjun yang
dingin dan segar dan kolam buatan manusia adalah tarikan utama untuk
pelawat-pelawat. Kolam air terjun mempunyai kekunci air digunakan untuk
mengawal paras air, membolehkan peluang untuk membuat celupan dingin di
dalam air yang segar.
10. Taman Hutan Komanwel - Selangor
Taman ini telah dilancarkan pada 1993 untuk memperingati Mesyuarat Hutan
Komanwel yang ke 14. Ia terletak di sebelah kiri jalan besar selepas
sahaja Taman Templer dan mudah untuk di cari. Pelancung-pelancung yang
melepasi Rawang dari KL patut berhenti sebentar di Taman Hutan Komanwel.
Taman ini diselubungi dengan hutan , taman berlanskap, tempat
berkhemah,chalet, air pancut, lorong merentas dan lain-lain kemudahan
untuk pelancung merasakan kecantikan semulajadinya.
11. Taman Rekreasi Kanching - Selangor
Hutan Rekreasi Kanching menawarkan suasana yang nyaman dan dingin kepada
pelawat-peawat. Ia adalah tempat yang ideal untuk berkelah dan
pelawat-pelawat boeh mengambil kesempatan ini untuk mencelupkan diri ke
dalam air yang dingin dan menyegarkan.Tahap dua dan tiga adalah tempat
yang popular bagi pekelah-pekelah di mana air terjun berakhir dengan
kolam yang luas dan sungai kecil berbatu tongkol.
12. Taman Rekreasi Sungai Congkak - Selangor
Air sungai yang dingin, jernih dan jeram-jeram adalah tarikan utama
Hutan Rekreasi Sungai Congkak. Ia terletak di kawasan hutan simpanan
sungai Lang dengan hutan hujan tropika warna-warni dan pelbagai spisis
flora dan fauna. Terdapat kebun buah-buahan berhampiran hutan hujan
tropika dan kemudaahan-kemudahan untuk berkhemah, berkelah dan berenang.
Terdapat chalet untuk pelawat-pelawat bermalam.
13. Taman Rekreasi Gunung Pulai – Johor
Taman Rekreasi Gunung Pulai terletak lebih kurang 45km dari Johor Bahru,
ia adalah sebuah hutan simpanan dan tempat perlindungan haiwan.
Terdapat beberapa air terjun dan kolam-kolam di kaki gunung dan kesemua
itu telah menjadi tempat kegemaran berkelah dikalangan orang tempatan
dan pelancung. Di sini seseorang boleh mendapatkan jambatan tali yang
memberi pelawat-pelawat yang suka pada pengembaraan keseronokkan ‘canopy
walk’ 40 meter dari atas tapak hutan.
14. Hutan Rekreasi Sekayu – Terengganu
Terletak di Kuala Berang, 60km di baratdaya Kuala Terengganu, tarikan
utama Hutan Rekreasi Sekayu adalah Air Terjun Sekayu. Terdapat bukit
yang subur dengan salutan hutan, kebun buah-buahan, zoo mini, taman
burung, taman bunga dan sebuah rumah untuk berehat di bawah bukit.
Terdapat kemudahan awam untuk bermandi dan bersalin, serta juga gazebo.
15. Hutan Simpan Pelagat – Terengganu
Terletak di Besut, 70km di baratlaut Kuala Terengganu. Terdapat
kemudahan-kemudahan untuk merentas hutan, berenang, dan berkhemah.
Pelawat-pelawat boleh berkhemah dan berenang di kawasan Air Terjun Lata
Tembakan. Tidak jauh dari situ ialah LA Hot Spring.
16. Taman Rekreasi Setiu Peladang – Terengganu
Daya tarikannya ialah suasana keliling yang asli dan tenang seperti
hutan hujan tropika, sungai, gua,air terjun, dan flora dan faunannya.
Ini adalah tempat yang ideal untuk meneroka alam semulajadi kerana
pokok-pokok dan tumbuhan telah ditandakan. Buah tropika seperti duku,
cempedak, durian rambai dan rambutan boleh didapati di sini. Benih-benih
bunga dan buah tropika boleh dibeli di sini. Lain-lain tarikan seperti
merentas hutan, mendaki gunung, melihat burung dan memancing boleh juga
dilakukan.Tempat penginapan boleh didapati di sini.
17.Hutan Rekreasi Sungai Tekala - Selangor
Lokasi yang dekat dengan Kuala Lumpur menjadikan ianya sebuah lokasi
pilihan pengunjung kerana tidak perlu memandu terlalu jauh dari ibu
kota.Sememangnya Hutan Lipur ini menjadi tumpuan pengunjung yang mahu
beriadah dan berkelah bersama keluarga pada cuti umum. Setiap pengunjung
yang masuk ke hutan lipur yang juga terletak di dalam Hutan Simpan
Sungai Lalang itu akan dikenakan bayaran sebanyak RM1 bagi dewasa dan 50
sen bagi kanak-kanak.
Hutan Lipur Sungai Tekala ini menjadi menjadi pilihan orang ramai kerana kemudahan yang disediakan seperti pondok rehat, surau, calet, denai hutan, tapak perkhemahan dan tandas yang diselenggara dengan baik.
selongkar10 blogsport.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan