Ahad, 12 Mei 2013

Lagi Rahsia Di Sebalik Angka 7

ASSALAMUALAIKUM ...

Ini bahagian kedua berkaitan tajuk ini.Tanpa kita sedar , angka tujuh itu sangat bermakna dalam Islam . Rasulullah gemar gunakan angka 3 dalam zikir , tasbih , selawat dan sebagainya . Segalanya 3 kali . Manakala Allah pula lebih gemar menggunakan angka 7 . Bila angka tujuh di campur dengan 3 maka jumlahnya adalah 10 . Angka 10 itu adalah angka yang paling besar dalam ilmu matematik .
 



1. Langit
Surah An - Naba' ayat 12 , ada menyatakan bahawa Allah menciptakan 7 lapisan langit dan wujud 7 bintang besar .



2. Bumi
Allah menciptakan 7 lapisan bumi , antaranya :
  • lapisan per -1 dihuni oleh Manusia
  • lapisan ke - 2 dihuni oleh Jin 
  • lapisan ke - 3 dihuni oleh Kala jengking
  • lapisan ke - 4 dihuni oleh Ular
  • lapisan ke - 5 dihuni oleh Syaitan 
  • lapisan ke - 6 dihuni oleh Iblis dan pembantunya
  • lapisan ke - 7 dihuni oleh Malaikat

3. Syurga / Neraka
7 lapisan syurga / neraka Allah ciptakan untuk umat manusia beribadah kepada Allah . Semakin baik amalannya , semakin baik kedudukannya . Jika buruk amalannya , neraka Jahanam lah tempatnya .

4. Al - Quran
Dalam al - Quran wujud 7 surah panjang iaitu 
  • Al - Baqarah , 
  • Ali Imran ,
  •  Al - Maidah , 
  • An - Nisaa' , 
  • Al - An' amm , 
  • Al - Anfa'al atau At - Taubah .

5. Jasad
Tubuh ada 7 anggota penting iaitu 
  • 2 tangan ,
  • 2 kaki , 
  • 2 lutut dan 
  • satu wajah untuk beribadah kepada Allah dengan susunan yang unik .

6. Umur
Allah hiasi umur manusia dengan 7 peringkat iaitu 
  • masa setitik darah , 
  • masa kandungan
  • masa bayi
  • masa kanak - kanak
  • masa remaja
  • masa dewasa dan masa tua


7. Tanah Besar
Muka bumi ciptaan Allah dibahagikan kepada 7 bahagian besar . Dalam setiap bahagian dihuni oleh manusia pelbagai jenis bangsa dan agama .

http://veesandii.blogspot.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...