Sumber: beritaislamglobal.blogspot.com – Original English Version here
Menjadi
sensasi dalam liga ragbi remaja, kemudian menyertai skuad bintang All
Black, dan pada waktu yang sama menjadi peninju heavyweight yang
berbakat.Tidak setakat itu, Sonny Bill Williams juga telah memeluk Islam.
Sekalipun
terdapat khabar angin tentang bintang berusia 25 tahun ini memeluk
Islam, namun akhbar Herald, Ahad lalu, mendedahkan bahawa beliau telah
bersyahadah sejak dua tahun yang lalu.
Sejak
itu, beliau menjadi Muslim pertama yang mengenakan jersi All Black, dan
meminta makanan halal semasa kempen jelajah Hemisfera Utara tahun
lepas.
Bulan
Ramadan pada tahun ini akan jatuh dalam bulan Ogos – semasa All Black
mengambil bahagian dalam pertandingan Tiga Negara. Di sinilah fasa
terakhir persediaan pasukan bagi menyiapkan diri bertanding dalam Piala
Dunia.
Menurut sahabatnya, Williams sering hadir menunaikan sembahyang Jumaat di sebuah masjid di Christchurch.
Naib presiden Persekutuan Pertubuhan Islam NZ, Javed Khan, berkata bahawa komuniti Muslim memang sedia maklum tentang hal itu.
"Beliau
mengamalkan agama dan beliau telah menjadi contoh yang baik untuk
remaja. Kami berdoa supaya beliau akan memenangi Piala Dunia untuk kami.
Semua orang bercakap tentangnya. Dalam komuniti Islam, setiap kami
mengenali setiap seorang yang lain."
Kedua-dua
pengurus William, Khoder Nasser dan mentornya yang juga bintang liga
dan peninju, Anthony Mundine (gambar mereka bertiga), adalah Muslim,
begitu juga dengan adiknya Johnny, yang tinggal dengan beliau di
Christchurch.
Kawan
William, Tairek Smith berkata yang dia selalu bersembahyang bersama
William sejak beliau memeluk Islam Sunni dalam satu majlis di masjid
Regent’s Park di barat Sydney pada 2008, iaitu masjid yang juga dihadiri
oleh Hazem El Masri (gambar), bekas rakan sepasukannya dalam Kelab
Canterbury Bulldogs.
Pengurus
All Black, Darren Shand (gambar) berkata kepercayaan agama bintang
tersebut mempunyai kesan yang "minima" kepada pasukan.
Katanya:
"Beliau telah memberitahu kami tentang keperluan dietnya dan kami
memang telah beri kelonggaran. Kami sediakan daging halal dan lain-lain
dan beliau tidak memperbesar-besarkan isu itu.
"Kami
tidak membawa agama dan benda yang berkaitan dalam sukan ini. Itu
adalah kehidupan peribadi mereka dan mereka yang menentukannya."
Bila
ditanya jika amalannya itu bercanggah dengan falsafah All Blacks yang
menggalakkan pemain-pemain supaya berfikiran bebas dan berdikari, Shand
berkata Williams adalah seorang yang jenis “menyerap” informasi.
"Itulah
sebabnya beliau berjaya dalam semua sukan yang diceburi. Beliau hanya
tandakan semua kotak. Dia ingin menjadi yang terbaik."
Sejak memeluk Islam, Williams berusaha untuk tidak mengulangi insiden-insiden memalukan yang berkaitan dengan alkohol.
Beliau
sekarang ini sedang menjalani latihan bersama kelab Crusaders bagi
menghadapi kempen Super Rugby dan tidak dapat dihubungi untuk mengulas
dengan lebih lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan