Gambar-gambar kejadian hujan dan ribut petir yang berlaku di Pulau Pinang semalam
Diatas adalah keadaan dari runtuhan PENCAWANG DIATAS MENARA UMNO dan bukannya RUNTUHAN MENARA UMNO
Diatas adalah keadaan dari runtuhan PENCAWANG DIATAS MENARA UMNO dan bukannya RUNTUHAN MENARA UMNO
Jumlah kematian dalam kejadian angin kencang di Pulau Pinang
meningkat kepada dua orang selepas seorang warga India berusia 46 tahun
maut akibat kecederaan serius dialaminya kira-kira pukul 9.20 malam
Khamis.
Sulaiman Jahir Hussain, dari Devakottai, India, meninggal dunia di
Hospital Pulau Pinang selepas mengalami beberapa kecederaan di kepala.
Dia merupakan pemandu gantian sebuah lori yang melalui bangunan Umno apabila kepalanya terkena serpihan konkrit yang tumbang.
Pemandu lori yang berada di sebelah Sulaiman pada waktu itu berjaya menyelamatkan diri.
Ini adalah kematian kedua direkodkan selepas seorang pekerja
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA), Wong Tze Chow, 33, meninggal
dunia di Air Itam selepas motosikal yang ditungganginya dihempap
sebatang pokok.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam
Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata lima mangsa cedera dalam
insiden tersebut tetapi empat dibenarkan keluar dari hospital.
Beliau berkata, seorang lelaki berusia 71 tahun masih lagi ditahan di wad untuk pengawasan.
Berikut gambar-gambar kejadian ini di pulau pinang
Dan kesesakan dari arah pulau ke tanah besar bermula dari kira-kira pukul 6.45 petang sehinggalah sekitar pukul 11.30 malam.
Ada yang tersangkut hampir lebih dari3 jam cuma untuk menyeberang jambatan.
http://usezworkshop.blogspot.com dan mstaronline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan