Selasa, 4 Jun 2013

Nilai Seorang ISTERI

Berikut adalah perkongsian kawan PC di Facebook. Apabila membaca ini, kita akan dapat faham apakah nilai sebenar seorang isteri.~
8084819596_07ae8ec8f9_z


Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang kedepan.

PENCERAMAH : ” Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”




Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, disana ada nama jiran, orangtua, teman kerja, sahabat, anak dan
juga isteri nya serta seterusnya.

PENCERAMAH : Sekarang silahkan pilih 7 diantaranya yang sekiranya anda ingin hidup terus bersamanya.

Lelaki itu menghapus 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH : Hapus 2 nama lagi,sehingga tinggal lah 5 nama lagi yang ada di papan tersebut.

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi”,

maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isteri nya.

Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata : “silahkan padam 1 nama lagi!”,

Lelaki itu perlahan mulai mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya secara perlahan.

PENCERAMAH : Silahkan pilih 1 nama lagi!.

Lelaki menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan lambat laun mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang, PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu. :” kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi.”

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut. 
Lalu lelaki menjawab:tumblr_lmacrbbIp41qg6d8vo1_500_large
” Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi dan meninggalkan saya, sedangkan anak jika sudah dewasa akan berkahwin , setelah itu juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”
Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas :)
pakarcinta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...