Khamis, 13 Jun 2013

Resepi - Moi @ Bubur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... berjumpa kembali di hari isnin.... nih menu dinner malam tadi..... akceli malas beno nak masak lauk pauk... sesekali menu bubur camni sodap jugak wehhh.... xde sape sakit... sajer jerk nak layan bubur nasi.... rasanya semua orang tau buat la kan bubur nasi nih.... tp takpe la rajen sket nak taipkan arini...
 
 

RESEPI MOI @ BUBUR

source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1 cawan beras
  • 4-5 cawan air
  • 1/2 keping dada ayam - potong dadu kecil
  • 1/2 kiub pati ayam @ 1sk serbuk pati ayam
  • 1 inci halia di ketuk@ hiris nipis
  • carrot - potong dadu kecil
  • lada sulah @ blackpepper
  • sedikit garam
  • Bahan sampingan (ikut pilihan): bawang goreng, daun sup@daun bawang, sambal getuk @ sambal gesek @ sambal crispy delimas, ikan bilis goreng, kacang goreng, halia goreng, daging ayam rebus hiris, kangkung goreng, telur dadar nipis etc.
Cara-cara
  • Cuci beras dan masukkan semua bahan kecuali garam dan lada sulah@blackpepper. Masak hingga nasi menjadi bubur. Perasakan dengan garam secukup rasa dan juga serbuk lada sulah@blackpepper. Matikan api.
  • Cedokkan ke dalam mangkuk dan taburkan dengan daun sup@daun bawang dan juga bawang goreng. Jika suka boleh tambahkan aksesori lain.
http://hanamemories.blogspot.com
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...