Assalamualaikum wbt...dan Salam Sejahtera.
Ketika mentari mula memancarkan cahayanya, maka teranglah alam ini.
Semuanya dapat di lihat dengan jelas dan nyata. Terserlah keindahan alam
ini... Pelbagai warna alam serta hidupan dapat kita nikmati.
Bila tiba masanya...mentari akan perlahan-lahan menghilangkan dirinya di
ufuk barat. Suasana yang tadinya terang kini kian suram dan kelam.
Pabila saat ia hilang dari pandangan, alam ini menjadi gelap... Maka
bermulalah malam.
Bagaimana kejadian siang dan malam ini berlaku? Secara
mudahnya...Permukaan bumi yang disinari sinaran mentari mengalami siang
manakala bahagian yang terlindung pula mengalami malam. Bumi ini bulat
dan berputar dari barat ke timur. Maka setiap permukaan bumi mengalami
siang dan malam bersilih ganti yang berbeza-beza tempohnya.
Di kala siang dan malam silih berganti
menandakan hari-hari yang berlalu, rembulan pula menjadi petunjuk
kepada tempoh masa yang lain pula... lengkap kitaran ia menjelma maka
lengkaplah sebulan tempoh kehidupan ini.
"Dan
Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan
tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari
kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan
perhitungan. Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan jelas". (Al-Israa' - Ayat 12)
Pabila mentari sudah menyembunyikan diri...Tiada lagi cahaya...hanya
kegelapan. Namun ianya tidak bermakna tiada lagi keindahan yang dapat
anda nikmati. Malam adalah ketika dan masa yang paling indah untuk anda
menikmati ketenangan dengan penuh kualiti
Kehadiran rembulan memberi sinaran cahaya kelam yang cukup
mempersonakan. Umpama sebuah lampu yang tergantung di angkasa, menyinari
malam yang gelap gelita. Keindahan alam terserlah dalam suasana yang
amat berbeza. Suasana yang memberi satu perasaan yang sukar di lafazkan
dengan kata-kata, hanya dalam hati merasainya. Nikmati keindahan malam
yang menakjubkan ini...
Malam...di kala tiada lagi sinaran mentari. Dimana semua aktiviti
hidupan mula berhenti. Suasana menjadi sunyi dan sepi. Masa untuk kita
menikmati ketenangan dan kedamaian. Masa untuk kita berehat. Masa untuk
memulihkan kembali kesegaran dan tenaga untuk jasad dan minda.
Masa untuk kita kembali berkumpul bersama ahli kelurga mahu pun
teman-teman setelah sibuk mencari rezeki dan ilmu di siang hari. Masa
untuk beriadah dan bersantai penuh dengan kegembiraan dan keceriaan
seketika di bawah mahligai anda berteduh.
Malam...suasana kegelapan yang mungkin menakutkan. Kegelapan yang
meyeramkan dan menimbulkan pelbagai misteri. Itu hanya perasaan yang
pasti akan menjelma pabila kita dalam kegelapan.
Namun...jika kita dapat menyesuaikan diri dengan malam, disebalik
kegelapan ini ia memberi satu suasana yang mengasyikkan. Menikmati
suasana malam yang sepi dan dingin mampu menyegarkan minda untuk
berfikiran positif, jauh dan tidak terbatas. Masa yang sesuai untuk
membuka minda dalam mencari ilham.
Suasana malam yang gelap dan sunyi adalah masa yang sesuai untuk kita
bermuhasabah diri. Mencari ketenangan dan kedamaian sambil merenung akan
kehidupan kita di dunia yang sementara ini. Masa yang paling tepat
untuk kita merapatkan diri kita kepada yang Maha Esa.
Masa yang sesuai untuk kita berzikir dan beramal...Suasana sepi dan
dingin membuatkan kita berinteraksi dengan penuh kusyuk. Memfokuskan
minda hanya pada yang satu...Tuhan yang Maha Esa...Allah SWT, pencipta
alam dan segala hidupan di dalamnya.
Malam dan siang...Satu tanda kekuasan Ilahi. Hanya Allah SWT yang mampu menjadikannya dan hanya dia yang mampu mengubahnya :
"Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada apa yang
diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda
(kekuasaan-Nya) bagi orang- orang yang bertakwa". :Surah Yunus - 6.
Yakin akan kekuasaannya. Turutilah segala perintahNya...Jangan sampai
anda terlewat! Pabila mentari terbit dari Barat barulah anda
menyedarinya. Maka... pada waktu itu...segalanya sudah terlewat.
Tidak semua orang dapat menikmati malam dengan penuh ketenangan dan
dapat menikmati rehat. Ada yang perlu meneruskan kehidupan... Ada yang
tetap sibuk mencari rezeki, mencari ilmu dan tidak kurang juga leka
dengan hiburan. Namun sampai masanya... anda juga perlukan rehat.
Malam adalah masa paling sesuai untuk anda berehat. Rehat yang terbaik
adalah tidur. Tidur itu satu keperluan untuk memulihkan kembali tenaga
dan kesegaran jasad serta minda.
Relaks Minda anda, nikmati rehat dan tidurlah dengan tenang... Jangan
lupa berdoa kerana anda tidak tahu lagi sama ada anda dapat membuka
kembali mata untuk menikmati lagi kehidupan ini.
Terima kasih bersama Relaks Minda.... >_<
p/s: sudilah kiranya klik G+ di atas... semoga segala manfaat dapat di kongsi dengan rakan2 yg lain.
Admin...
http://relakssminda.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan