Tinggalkan wanita seperti ini.Kenapa?
Seperti bermain monopoli orang yang bagus akan mendominasi secara
keseluruhan permainan, bergitu juga halnya dalam percintaan, bila
seorang wanita itu mula memonopoli seluruh kehiudupan seorang lelaki.Ianya pasti tidak stabil untuk bediri dan setrusnya berlari.
Oleh itu anda sebagai seorang lelaki harus berwaspada dengan wanita yang mempunyai ciri-ciri seperti ini.
1. Jarang Berterima Kasih
Setelah dengan sedaya upaya anda cuba membuatkan dia bahagia tetapi dia
hanya buat bodoh sahaja umpama tiada berlaku apa-apa. Apatahlagi nak
berterima kasih kepada anda yang sanggup menghabiskan duit dan tenaga
untuk melihat dia sentiasa selesa.
2. Tidak Pernah Meminta Maaf Ketika Melakukan Kesalahan
Perkataan maaf adalah satu "magic word' dimana apabila seseorang sedang
marah dengan perkataan maaflah dapat melebutkan hati si pemarah itu.
Dalam hal ini andai berlaku kesalahan hanya anda yang berusaha untuk
memulihkan perhubungan sedangkan dia tiada langsung mengungkapkan
kata-kata maaf. Anda sebagai lelaki jangan terlalu mengambil temeh dalam
hal ini kerana wanita seperti ini adalah seorang yang tidak
bertanggungjawab,ego dan mementingkan diri sendiri.
3. Suka Bercerita Tentang Kisah Silamnya.
Wanita seperti ini seringkali menganggap anda tidak setanding dengan
bekas teman lelakinya kerana dia sering menceritakan kepada anda
berkenaan lelaki yang pernah dipuja dahulu berbanding menceritakan kisahnya bersama anda pada hari ini.
4. Ingin Dilayan Bagaikan Puteri
Dia menganggap anda seperti hamba dan setiap keinginan dan keperluannya
anda harus tunaikan. Wanita ini juga mahukan anda melebihinya dalam
segala hal termasuklah dalam hal yang remeh-temeh.Dengan kata lain anda
perlu meletakkan dia sebagai keutamaan anda. Siapa yang tahan dengan
wanita seperti ini? anda bukannya superhero yang dapat memenuhi segela
kehendaknya tidak kira waktu,siang dan malam.
5. Dia Marah Apabila Anda Bersama Teman-Teman
Sifat seperti ini akan membuatkan hidup anda lebih tertekan kerana dia
mahukan anda menghabiskan waktu hanya dengan dia. Bahkan tiada lagi
kesempatan untuk anda berkumpul dengan kawan-kawan anda seperti sebelum
ini. Anda harus ingat berkasih tidak bererti anda harus hilang kehidupan
biasa anda secara total kerana anda mempunyai hak untuk hidup bahagia
dan bukan menjadi pak turut.
Setelah anda baca dan teliti dengan hati yang waras adakah anda akan terus berhubungan atau tinggalkan wanita seperti ini?
Tepuk dada tanya selera mudahan selera yang anda ingini memberi kebahagian sepanjang hidup anda.
http://noveltulisanku.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan