Terdapat banyak jenama popular kuaci yang dijual dipasaran daripada yang mempunyai perisa asli sehingga pelbagai perisa baru yang sungguh menyeronokkan semasa memakannya. Makan kuaci adalah satu aktiviti yang menghayalkan dimana lazimnya kita 'Tidak Mahu Berhenti' makan kuaci kerana ia 'tidak mengenyangkan'.
Proses untuk menyediakan biji kuaci akan memberikan aroma sedap dan ditambah perisa garam memberikan rasa enak dimana fungsinya juga meningkatkan ketahanan simpanan. Tambahan rasa dan aroma yang sering dipakai dalam pembuatan kuaci adalah daun pandan, batang serai, kayu manis dan beberapa bahan lain.
Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology " mengenai makanan ringan KUACI untuk dijadikan bahan bacaan dan berkongsi maklumat.
Kalangan kita ramai yang mengatakan makan kuaci hanya membuang masa dan tidak mengenyangkan malahan kulit kuaci yang tidak disimpan baik akan bertaburan. Mungkin dakwaan ini meleset kerana banyak jenis kuaci yang ada zat permakanan yang baik untuk kesihatan manusia.
Kandungan zat atau nutrisi kuaci bergantung kepada bahan asas yang digunakan. Kuaci biji bunga matahari (Sunflower seeds) yang berwarna kehitaman banyak dijual dipasaran dimana ia didapati banyak mengandungi vitamin B kompleks, vitamin B6, dan vitamin E.
Komponen paling dominan pada kuaci adalah kandungan minyak biji bunga matahari iaitu Asid Lemak tidak Tepu (88%) dan sebanyak antara 44%-72% adalah kandungan Asid Linoleate.
Kadar protein kuaci Tembikai sebanyak 28.3 g/100g dan Biji Bunga Matahari sebanyak 22.8 g/100 g. Kadar lemak pada kuaci biji semangka sebanyak 47.4 g/100 g dan biji bunga matahari sebanyak 49.6 g/100 g (Sila lihat foto isi biji kuaci disebelah). Lazimnya kita akan berhenti makan kuaci apabila mulut dan tangan sudah penat mengopek kulit kuaci. Bahan-bahan yang ada di dalam kuaci mampu melawan kanser, memperbaiki dan mencegah penyakit kardiovaskular, hipertensi dan mampu untuk menurunkan kadar kolesterol.
Kuaci yang diproses daripada biji tanaman bunga matahari antara yang popular dijual dipasaran Malaysia (Sila lihat foto sebelah). Tanaman bunga matahari (Sunflower) ini dipercayai natif dari Mexico dan Peru ini kemudian tersebar diseluruh dunia sejak tahun 1700.
Tanaman ini kemudian ditanam secara besar-besaran di Jerman, Perancis, Romania, Bulgaria, Russia, Hungary dan Amerika Syarikat. Kita di Malaysia tidak banyak menanam bunga matahari kecuali untuk tanaman hiasan sahaja.
Mulanya tanaman bunga matahari ditanam sebagai tanaman hiasan dinegara tersebut tetapi kemudian bijinya dimanfaatkan sebagai kuaci dan sumber minyak untuk produk kosmetik. Kuaci merupakan sumber lemak sihat hampir 90%, vitamin, antioksidan, mineral, protein dan fitokimia yang sangat baik. Selain itu, biji bunga matahari mengandungi lemak tidak tepu (asid linoleat) dan (asid oleik), jenis lemak yang melindungi jantung.
Kajian klinikal juga ada menunjukkan iaitu makanan tinggi lemak tidak tepu lebih baik daripada makanan rendah lemak, kerana meningkatkan HDL (kolesterol baik) dan menurunkan LDL (kolesterol jahat).
Biji bunga matahari juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin E iaitu sebanyak satu perempat cawan biji bunga matahari memberikan 90.5% daripada keperluan harian vitamin E. Vitamin E adalah bahan antioksidan dan anti radang dimana ia mampu mengurangkan gejala Lelah (asma), osteoartritis dan Rematoid arthritis yang cara utamanya dipengaruhi oleh radikal bebas dan radang.
Kandungan vitamin E yang cukup dapat mengurangkan risiko pada pembuluh darah dan kanser. Juga dapat mengurangkan kesakitan dan kekerapan rasa panas (hot flush) yang dialami wanita menopause dan komplikasi diabetes. Selain itu ada laporan bahawa biji kuaci juga banyak mengandungi bahan mineral berguna seperti Posforus (705-755 mg/l00 g), Kalium (648-689 mg/100 g), Kalsium (54-116 mg/100 g), Natrium (3-99mg /100 g), Besi (6.77-7.28 mg/100 g) dan Tembaga (0.69-1.75 mg/100 g).
Mineral kalsium dan posforus sangat penting peranannya dalam pembentukan tulang dan gigi. Ia juga bermanfaat untuk mencegah osteoporosis. Kewujudan mineral kalium sangat penting untuk mengimbangi natrium. Kalium bersifat hipotensif, iaitu mempunyai kesan penurunan tekanan darah dalam badan. Begitulah coretan malam ini mengenai kuaci iaitu satu daripada produk pertanian yang mendapat tahap pengkomersilan bernilai untuk bacaan kita.
NAMA KUACI... BIJINYA DIMAKAN...
BUNGA MATAHARI.. DIKERINGKAN...
TIDAK KENYANG... PENAT SAKAN...
BANYAK KHASIAT... BAIK KESIHATAN...
By,
M Anem,
Pusat Latihan IKPK RISDA,
Kg Awah, Temerloh,
Pahang, Malaysia.
(10 Jamadilakhir 1435H)
w.tranungkite
status halal kuaci yang dalam gambar tu di ragukan. so macam mana nak dapatkan bekalan untuk umat islam?..
BalasPadam