Kemalangan kecil seperti terkena air panas, luka akibat terjatuh atau terhiris pisau dan sebagainya antara kecederaan yang mudah dialami. Jangan panik kerana luka-luka ringan boleh dirawat menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur. Jom bongkar rahsia ini...



1. Uncang Teh

Apabila berhadapan masalah luka kecil,  ambil uncang teh dan letakkan di atas luka. Antara luka yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah terkena gigitan serangga kerana tidak terlalu bahaya.


2. Madu


Agen antibakteria yang terkandung di dalamnya mampu mencegah dari berlakunya jangkitan yang berterusan serta masalah pembengkakan di tempat luka. Dipercayai luka akibat melecur juga mampu dikurangkan menggunakan madu dengan cara menyapu di bahagian yang sakit.  Dari sudut kecantikan, madu sangat luar biasa kesannya untuk kulit wajah.

3. Serbuk Kunyit

Serbuk kunyit dikatakan berupaya menghentikan pengaliran darah seterusnya mencegah berlakunya jangkitan kuman di bahagian luka yang terdedah. Berfungsi untuk mengelakkan luka tersebut menjadi lebih teruk. Semuanya disebabkan sifat antiseptik yang terdapat di dalamnya.


4. Daun Lidah Buaya

Daun ini boleh mengubati luka-luka kecil dan masalah melecet. Caranya mudah sahaja iaitu dengan menyapukan lendir daun lidah buaya ke tempat yang bermasalah dan biarkan seketika. Ulangi kaedah ini sehingga luka kembali sembuh.



5. Gula

Boleh mengubati masalah luka-luka ringan dengan menyerap air yang ada padanya melalui kaedah sapuan. Perlu dialirkan air bersih ke bahagian luka selepas 15 minit disapu gula kerana dibimbangkan boleh mengundang mudarat yang lebih besar nanti.


6. Cuka Epal

Bagus bagi mengubati luka-luka kecil disebabkan kandungan sifat anti gatal yang dipercayai membantu untuk proses penyembuhan.
mingguan wanita