Selang beberapa hari selepas Muammar Qadafi dijatuhkan serta dibunuh dengan kebangkitan rakyat Libya, sebuah parti Islam Tunisia bernama An-Nahdhah pimpinan Abd Rashid Ghannusi mengisytiharkan kemenangannya dalam PRU yang diadakan di negara itu baru2 ini.
Tunisia adalah negara terawal berlakunya kebangkitan rakyat sehingga tersingkirnya Presiden Zine El-Abidin dan isterinya Laila. Sekutunya Hosni Mubarak juga tumbang. Hampir semua negara Arab di mana pemimpinnya berkuasa terlalu lama mengalami nasib yang sama.
'Kerajaan tua' menjadi kebencian kepada golongan muda di dunia hari ini. Di Malaysia kira-kira separuh dari jumlah pengundi adalah berumur 40 tahun ke bawah. Golongan muda nampaknya akan jadi undi penentu dalam PRU nanti. Tanyalah orang muda mana pun, rata-rata mereka sudah menyampah dengan kerajaan BN yang terlalu lama memerintah di Pusat. Untuk rekod BN adalah satu-satu parti tua di dunia ini yang belum pernah kalah sejak merdeka, semua parti lain di dunia ini yang berkuasa sejak merdeka pernah tumbang, walaupun sebahagiannya kembali berkuasa semula.
"Kami celik mata ke dunia ni.. yang kami tahu BN yang jadi kerajaan sampai sekarang, sudah tak ada parti lain ke?" ujar seorang Pemuda sambil menjuihkan bibir mulut apabila diuji dengan kenyataan 'hanya BN yang layak perintah Malaysia'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan