Hebat sungguh Ulama' Wanita Umno, Mashitah Ibrahim yang menuduh hala tuju perjuangan Pas dilihat semakin kabur dan bercelaru apabila parti tersebut sanggup mengorbankan akidah semata-mata untuk tujuan politik. Mungkin kenyataan itu boleh kita fahamkan sebagai PAS ROSAK AKIDAH.
Mashitah berkata, hala tuju perjuangan Pas yang kabur itu terbukti apabila parti berkenaan tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun).
Sebaliknya, beliau berkata, parti tersebut sanggup pula menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dipengerusikan oleh Datuk S. Ambiga, individu yang menyokong tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) semata-mata demi kepentingan politik mereka.
Kenyataan Mashitah ini dipetik dari laporan sebuah media pengampu Umno hari ini.
Ternyata Mashitah cuba mengelirukan rakyat dengan menuduh PAS rosak akidah tetapi pada masa yang sama berdiam diri apabila pemimpinnya mengeluarkan kenyataan yang amat mengerikan antaranya :-
1) Hudud tidak sesuai di Malaysia dengan alasan tertentu
2) Kalau laksana hudud tangan kita boleh makan sup tangan
3) Hudud yang diluluskan di Kelantan adalah hudud PAS
4) Hukum Islam tidak boleh dilaksanakan kerana masyarakat majmuk.
Pada masa yang sama Mashitah mendiamkan diri dengan tindakan kerajaan BN mengenepikan sistem ekonomi Islam (mengamalkan riba), membiarkan wanita dan puteri Umno tidak menutup aurat dan lain-lain.
mutaligat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan