Ahad, 30 Oktober 2011

nama ja menteri tapi otak macam lembu...

oleh AnakKedah007

Aduhai anak mahadet..ingatkan hang terra..last taik ayam panu jugak hang nie..sembang macam budak-budak kanyiaq ja hang nie... kalau macam nie punya menteri sembang baik azizan declare Kedah nie keluaq Malaysia sahaja....duit hasil cukai rakyat Kedah hangpa rembat mai nak bagi balik hangpa berkira... memang laa K'jaan negeri dok cerita hasil balak meningkat... kutipan cukai tanah meningkat... tapi kena tau semua nie la digunakan untuk urus tadbir hasil kerajaan negeri....dulu masa cukai BN penaik sampai 360%....dan mai Azizan peturun semula jadi kira tangtu dah hilang dah duit negeri...kira duit hasil tadi laa digunakan menampung semua tuuu...benda mcm nie pon hg nak buat org kampung pening kaa...tuuu hutang yang hangpa tinggai 2billion lebih tuuu...takan nak biaq mcm tuu saja..hutang wajib bayaq jadi azizan bayaq tak tinggai sebulan pun.... zaman hangpa dulu bukan kata hutang tak bayaq tapi tiap-tiap tahun buat hutang...

jadi hasil pekin perut.. tampung sini sikit... situ sikit...jadi duit keluaq masuk tuuu kira balance jaa utk digunakan untuk urus tadbir negeri....ini semua tak dapat bantuan dari pusat sekupang pun...seperti dok pie berutang mcm BN dulu..kira kemaih laa tuuu...hasil bumi dan cukai negeri guna kot tuuu....

Lanie duit cukai dari rakyat Kedah hangpa rembat jadi bagi la balik supaya rakyat Kedah dapat kesenangan dan kenikmatan semula....kira duit bantuan banjir tuuu hasil kutipan cukai dari rakyat Kedah laaaa...yg hangpa dok dengki tak bagi buat apa...kalau mcm tuuu biaq Rakyat Kedah bayaq cukai kat Lembaga Hasil Negara Kedah... senang habih cerita... nanti kutipan duit tu biaq kami urus sendiri..ok laa jugak....

Aduhai sembang macam taik ja hangpa nie....nama ja menteri tapi otak macam lembu.....

Dibidas enggan guna hasil negeri

GUAR CHEMPEDAK 29 Okt. - Kerajaan Pas Kedah dibidas kerana hanya tahu meminta-minta daripada Kerajaan Pusat tanpa mahu menggunakan pendapatan negeri untuk menangani masalah banjir.


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Pas sering mendakwa kononnya hasil pembalakan negeri diraih lebih tinggi berbanding ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir Kedah, maka hasil itu sepatutnya digunakan untuk menangani masalah banjir.

"Apa sudah jadi dengan keuntungan dalam hasil balak yang dijual kerana sebelum ini mereka kata hasilnya lebih tinggi berbanding waktu BN memerintah Kedah?

"Kalau benar hasilnya tinggi sepatutnya ia digunakan untuk rakyat dalam menangani masalah banjir," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lembu Korban Koridor Utara dan Zakat Aidiladha Parlimen Jerai di Kompleks FAMA di sini hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kedah akan merayu untuk mendapatkan bantuan banjir sekurang-kurangnya RM10 juta daripada Kerajaan Pusat dengan segera kerana kerajaan negeri tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk menghadapi bencana itu.

Azizan berkata, pihaknya akan mengarahkan bahagian kewangan negeri untuk menulis surat rayuan kepada Kerajaan Pusat bagi mendapatkan bantuan banjir tersebut.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri sepatutnya menggunakan hasil pembalakan itu untuk persediaan menghadapi sebarang bencana yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Bagi BN, beliau berkata, sama ada memohon atau tidak daripada Kerajaan Pusat, BN tetap akan membantu dengan menyediakan bantuan kepada rakyat memerlukan jika berlaku bencana atau malapetaka.

"Cuma kita nak pastikan agar jangan pula apabila Kerajaan Pusat beri bantuan, kerajaan negeri pula nak ambil nama dengan mengatakan ia daripada mereka.

"Sepatutnya, jangan dipolitikkan soal bantuan bencana dan sebab itu BN mahu ia (bantuan) terus kepada rakyat dan tidak perlu pihak ketiga," tegasnya.

Tambah Mukhriz, berdasarkan pengalaman lalu, kerajaan Pas negeri tidak mampu untuk membantu rakyat menghadapi bencana banjir dan kerja-kerja agihan bantuan lebih banyak dilakukan oleh Kerajaan Pusat dan BN sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...