Khamis, 22 Disember 2011

Gambar Bas Pelancong Brunei Terbalik Di Jalan Ranau-Tamparuli, Tuaran... (",)

22/12//2011                                                                   ANGGOTA Bomba dan Penyelamat serta orang ramai membantu mangsa yang cedera apabila sebuah bas pelancong dari Brunei hilang kawalan lalu terbalik sebelum merempuh pokok di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli, berhampiran Kampung Kaporingan, Tamparuli, semalam.



Tujuh terbunuh manakala 20 penumpang parah apabila bas sewa khas dari Brunei yang dinaiki terbalik sebelum merempuh pokok di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli, berhampiran Kampung Kaporingan dekat sini, petang semalam.


Bas yang membawa rombongan 31 pelancong kumpulan muslimah Kampong Mulaut itu dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu sebelum dijadual pulang ke Brunei, Jumaat ini. Dalam kejadian jam 3.05 petang itu, mangsa yang meninggal dikenal pasti sebagai Abd Manan Ishak, 50; Pengiran Zahamah Pengiran Zainal, 61; Dayang Norhayati Abd Hadi, 61; Faridah, 60; dan Sapawi, 60.

Identiti seorang lagi mangsa wanita yang maut belum dapat dipastikan setakat jam 9 malam tadi. Dua mangsa meninggal di tempat kejadian, seorang dalam perjalanan ke Hospital Tuaran manakala tiga lagi di hospital. Mereka yang cedera parah termasuk pemandu bas dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) dan Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada masalah brek yang menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan.

P/s: Al-Fatihah kepada semua mangsa...





budak botak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...