Berhati-hatilah kepada muslimah sekalian, apabila anda menginap di hotel-hotel, chalet-chalet, hostel atau tempat-tempat persinggahan / penginapan luar, ambil sedikit masa dan cuba pastikan kamera atau apa-apa perakam tiada di sekitar bilik mandi atau bilik tidur. Kerana kemungkinan ini akan berlaku, kamera-kamera sekarang yang semakin kecil dan canggih, amatlah mudah untuk disorok di mana-mana ceruk dan ruang.
Diantara Jenis-Jenis Kamera Pengintip Kecil
Mengikut Ketua Biro Pengaduan Awam, mengenai aduan pengambilan gambar tanpa pengetahuan pengunjung di mana gambar-gambar dan video-video itu kemudian digunakan untuk memeras ugut pengunjung hotel berkenaan sehingga melibatkan tuntutan wang beribu ringgit. Kamera pengintip yang dipasang itu tersangat kecil, dan tanpa pemerhatian teliti tidak mungkin pengunjung menyedari kehadiran kamera-kamera tersebut, semua kejadian berkenaan adalah didalangi oleh sebuah sendiket yang kerjanya cuma memeras ugut pengunjung hotel.
Ingatlah maruah anda sebagai muslimah / wanita wajib terpelihara dari perkara-perkara yang tidak di ingini.
p/s: kongsikan info ini kepada rakan-rakan yang lain supaya lebih berhati-hati apabila berada di tempat-tempat tersebut.
Wallahu’alam…
hasnulhadiahmad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan