Khamis, 12 Januari 2012

Contohi Rasulullah yang cintakan kanak-kanak kecil

Rasulullah S.A.W adalah merupakan manusia paling mulia dan mempunyai akhlak yang sangat terpuji begitu juga baginda mencintai kanak-kanak. Baginda suka mengusap kepala anak-anak ini dan berdoa untuk mereka.
Lantaran kebelakangan ini manusia seakan hilang akal dan kewarasan fikiran, melakukan sewenangnya terhadap si anak kecil. Dilahirkan dan dibuang ke tempat yang sangat mengaibkan,  malah tanpa belas kasihan si ibu merobek isi perut si anak kecil yang masih belum celik matanya melihat dunia. Kemanakah hilangnya nilai ihsan dalam jiwa ibu yang melahirkan?



Rasulullah S.A.W sangat lembut dan penyayang

Riwayat Anas r.a: “Suatu hari Rasulullah menyuruh aku untuk suatu urusan. Aku berkata  Demi Allah aku tidak akan pergi. ‘ meskipun dalam hatiku berkata, ‘ Tentu saja aku akan pergi untuk melaksanakan perintah Baginda. Kemudian aku pun berangkat dan di pasar aku bertemu dengan anak-anak. Tiba-tiba aku merasa seseorang menarik rambutku dari belakang. Ketika aku menoleh, aku melihat Rasulullah tertawa. Beliau bertanya, ‘Anas, apakah engkau pergi ke tempat yang aku perintahkan?’ Aku berkata, ” Ya Rasulullah s.a.w tentu saja aku pergi.”

Sikap penyayang Rasulullah terhadap kanak-kanak

Apabila bertemu kanak-kanak Baginda akan menyalami mereka, meletakkan tangan Baginda di kepala mereka, dan mendukung anak yang kecil. Baginda merasa terharu apabila seorang ibu itu mencintai bayinya. Ketika berbicara dengan ibu-ibu, beliau akan berkata,” Barang siapa yang dikurniakan anak-anak oleh Allah swt dan dia mencintai anak-anakaknya dan juga menunaikan kewajipannya terhadap mereka makan dia akan selamat dari neraka jahanam.”

Rasulullah tidak perah bersikap kejam terhadap kanak-kanak

Rasulullah S.A.W sangat menyukai kanak-kanak. Sepanjang hidupnya sama sekali Baginda belum pernah memukul, bersikap kasar, kejam ataupun bersikap diam terhadap kanak-kanak. Baginda sangat sedih terhadap tingkah laku orang arab jahiliah yang biasa menanam hidup-hidup anak-anak perempuan mereka hanya untuk menjaga martabat mereka. Rasulullah saw sangat terharu ketika di Aqabah orang arab bersumpah setia tidak akan membunuh anak-anak mereka lagi. Semenjak hari itu perbuatan keji tersebut dihentikan.


( Gambar Hiasan )
Fitrah Power

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...