Seorang pakar teknologi pengapungan (atau membina darat di atas air), Dutch Docklands, telah mengumumkan untuk membina sebuah pusat golf terapung di atas pantai Maldives yang bernilai $500 juta. Walaupun sebelum ini terdapat beberapa pusat golf yang dibina di atas air namun senibina Dutch kali ini sangat berbeza.
Konsepnya ialah akan terdapat beberapa siri pulau buatan manusia dengan setiap satunya memiliki satu lubang. Setiap pulau tersebut akan dihubungkan dengan lorong transperent di bawah laut. Para pemain golf akan berjalan dari pulau ke pulau dengan menggunakan terowong tersebut. Rumah kelab (clubhouse) pusat golf tersebut pula berada di bawah laut dan perlu menggunakan elevator jika ingin pergi ke rumah tersebut.
Pembinaan yang akan bermula pada tahun 2013 itu bakal diketuai oleh jurutera padang golf terkemuka iaitu Troon Golf.
Berikut merupakan antara gambaran-gambaran awal mengenai projek padang golf termahal di dunia tersebut:
*Macam cerita fiksyen pula..tapi ia sebenarnya bakal menjadi realiti*
nancypoh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan