Salam sahabat, kalau sebut pasal harimau terbayang dibenak fikiran kita tentang keganasan dan ketangkasannya membaham mangsa. Apa yang aku nak kongsikan disini ialah bagaimana cara seorang makcik yang berumur 50 tahun dan anaknya yang masih berumur 16 tahun berdepan dengan binatang yang digelar 'pak belang' ini. Berita di bawah aku petik.
KUALA KANGSAR: Detik menakutkan terpaksa dilalui dua beranak apabila terpaksa berjalan mengundur sejauh hampir dua kilometer selepas diekori dan cuba dibaham dua harimau.
Kejadian kira-kira jam 8 pagi semalam, mangsa, Rohani Osman, 50, dan anaknya, Mastura Kamarudin, 16, terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila terserempak dengan dua harimau dewasa ketika menoreh getah berhampiran Kampung Chuar Hulu, Kati di sini.
Rohani berkata, dia leka menoreh getah berhampiran kawasan jirat Cina lama tergamam apabila melihat dua ekor ‘pak belang’ muncul sebelum merenung ke arah mereka. “Saya pucat lesi dan tidak tahu apa yang harus dilakukan apabila harimau berjalan ke arah kami.
“Ketika itulah saya teringat petua orang tua bahawa harimau akan menyerang mangsanya daripada belakang terutama di bahagian tengkuk. Saya menyuruh anak bertenang dan jalan mengundur sambil mengadap harimau berkenaan,” katanya. |
Kalau ikutkan dari berita di atas mereka mengundur hampir 2km. Aku tak dapat bayangkan betapa mereka sangat 'cool' dalam keadaan sedemikian. Moralnya dalam apa jua situasi kita jangan panik dan sentiasa bertenang, dan dalam masa yang sama banyak beristighfar kepada Allah SWT, kerana kita kena yakin sepenuhnya yang menggerak dan menahan bahaya tersebut adalah atas kekuasaanNYA.
Apapun petua makcik tersebut ada benarnya dan signifikasinya. Cuma kuat atau tidak semangat kita untuk menghadapinya. kalau macam gambar kat bawah ni lari langkah seribu pun takde masalah.
Wassalam.
harazzdani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan