Selasa, 17 Januari 2012

Ujian Memandu Menggunakan Transmisi Auto ? Sesuaikah ia dilaksanakan....


Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat sekalian, tidak lama lagi atau lebih tepat lagi menjelang pertengahan tahun ini, kerajaan akan membuat silibus baru dalam ujian memandu dengan memperkenalkan ujian memandu menggunakan kereta transmisi automatik. Ramai yang menyambut baik perubahan ini kerana dewasa ini penggunaan kereta transmisi auto semakin luas digunakan oleh masyarakat kita
 Melalui sistem ini, calon diberi pilihan untuk menjalani ujian menggunakan kereta transmisi auto berbanding transmisi manual yang menjadi mandatori kini. Walau bagaimanapun, calon yang memilih menggunakan transmisi auto sudah tentulah hanya dibenarkan membawa kereta auto sahaja bagi mengelakkan masalah lain yang akan timbul kelak.

Sekadar pandangan peribadi, saya menyokong pelaksaan sistem ini kerana :-

  • Hakikatnya, memang kereta transmisi auto menjadi pilihan majoriti pengguna sekarang. Faktor kesesakan jalanraya yang maha hebat dewasa ini menyebabkan pengguna memilih kereta jenis ini walaupun harganya agak mahal sedikit.
  • Sebenarnya, selepas sahaja ujian memandu berlangsung dan calon pun lulus, memang kereta auto lah yang menjadi pilihannya. Jadi, jangan terperanjat calon yang menduduki ujian menggunakan kereta manual sebenarnya langsung tak pernah menyentuh kereta manual selepas ujian berlangsung.
  • Dahulu, hanya kereta mewah sahaja yang menggunakan transmisi auto ini tetapi sekarang kereta Proton dan Perodua pun sudah banyak menggunakan transmisi auto ini. Jadi, memang wajarlah peraturan ini diubah sesuai dengan edaran zaman.
Kesimpulannya, pilihan terletak di tangan calon itu sendiri kerana dia juga yang akan menduduki ujian tersebut. Walau bagaimanapun, saya percaya perubahan ini membawa banyak kebaikan kepada majoriti calon-calon yang akan menduduki ujian memandu kelak.

probitasetfides

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...