Jumaat, 6 Januari 2012

Ulangkaji ... Memahami Bacaan Dalam Solat Menambahkan Khusyuk Siri 1


SOLAT ADALAH SATU KEWAJIPAN YANG WAJIB DILAKUKAN OLEH UMAT ISLAM. SOLAT ADALAH TIANG AGAMA. 

DENGAN MEMAHAMI BACAAN DALAM SOLAT, IA DAPAT MEMBANTU KITA UNTUK LEBIH KHUSYUK MENUNAIKAN SOLAT. 

MARI KITA MENGULANGKAJI ....
BACAAN-BACAAN LAFAZ NIAT SOLAT LIMA WAKTU

1. Lafaz niat solat subuh:


 
Ertinya: "Sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala"

2.    Lafaz niat solat zuhur:
 
Ertinya: "sahaja aku solat fardu zuhur empat rakaat tunai kerana Allah Taala"

3.      Lafaz niat solat asar

 
Ertinya: "sahaja aku solat fardu asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala"

 4.    Lafaz niat solat Maghrib


 Ertinya: "sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala"

 5.     Lafaz niat solat Isya

 
Ertinya: "sahaja aku solat fardu Isya' empat rakaat tunai kerana Allah Taala"

BACAAN TAKBIRATUL IHRAM 


 Ertinya:
Allah Maha Besar.

BACAAN DOA IFTITAH 


Ertinya:

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam
BACAAN SURAH AL FATIHAH


Ertinya:

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bersambung ..... Tunggu entri seterusnya

luahanfikiran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...