Sabtu, 7 Januari 2012

Ulangkaji ... Memahami Bacaan Dalam Solat Menambahkan Khusyuk Siri 2


SAMBUNGAN KEPADA ENTRI BAHAGIAN I . 
BACAAN KETIKA RUKUK



Ertinya:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

BACAAN KETIKA I'TIDAL 



Ertinya:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya (bacaan ketika bangun dari rukuk)
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian (bacaan ketika i’tidal)


BACAAN KETIKA SUJUD


Ertinya:

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

BACAAN KETIKA DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD


 
Ertinya:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

 
BACAAN KETIKA TAHIYAT AWAL




 
Ertinya:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

BACAAN KETIKA TAHIYAT AKHIR




Ertinya:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

DOA QUNUT



Ertinya:

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

 
WALLAHUA’LAM

Sudi-sudi membaca entri terbaru  "Kepada Allah sahaja hambaMu ini memohon pertolongan" dalam blog "Islam - Jaminan Kesejahteraan Dunia dan Akhirat"

Tambahan
Sila buat rujukan tambahan untuk mengetahui lebih terperinci mengenai perkara yang dibicarakan dalam entri.

luahanfikiran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...