TERIMA kasih kepada pembaca yang meluangkan masa mengemukakan maklum balas dan pandangan terhadap nukilan saya. Ia membantu mempertingkatkan kualiti diri dari semasa ke semasa.
Menjengah tahun baru ini, jadual saya dipenuhi undangan ceramah dan motivasi, sekali gus membuatkan saya sedikit kelam kabut. Namun, itu bukan menjadi alasan untuk saya mengabaikan penampilan diri.
Wujud waktu senggang, saya mencuri peluang mengunjungi butik Muslimah bagi memenuhi keperluan diri mahupun keluarga.
Fesyen dan wanita ibarat isi dengan kuku yang sukar dipisahkan. Islam menggalakkan wanita berhias asalkan mematuhi syariat seperti dinyatakan dalam surah An-Nur, ayat 31 yang bermaksud: “(Wahai Rasulullah) Dan katakanlah kepada kaum wanita yang beriman supaya mereka menahan pandangan dan menjaga kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali sesuatu yang (biasa) tampak darinya.
“Hendaknya kerudung mereka ke dada (sehingga dada mereka tertutup), janganlah menampakkan perhiasan kecuali untuk suami mereka, atau ayah dari suami mereka atau putra mereka, atau anak lelaki dari suami mereka, atau saudara lelaki mereka, anak lelaki dari saudara lelaki mereka, atau anak lelaki dari saudara perempuan mereka, atau wanita mereka atau budak-budak mereka atau lelaki (pembantu di rumah) yang tidak memiliki syahwat atau anak kecil yang tidak faham terhadap aurat wanita.
“Dan janganlah kalian mengeraskan langkah kaki kalian sehingga diketahui perhiasan yang tertutup (gelang kaki). Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kalian semua kepada Allah SWT supaya kalian termasuk orang-orang yang beruntung.” Daripada ayat di atas, busana haruslah longgar, tidak jarang, malah material perlu bersesuaian.
Andai syariat gagal ditepati, risiko mendapat dosa terbuka luas bukan hanya membabitkan diri kita, bahkan ibu, bapa serta suami.
Dewasa ini, ramai selebriti wanita bertukar kepada busana Muslimah dan saya yakin ia bukan sekadar untuk kelihatan cantik, sebaliknya hidayah Allah.
Perkara positif perlu disokong, tambahan pula apabila mereka menyedari tanggungjawab yang harus digalas tatkala bergelar umat Muhammad.
Selain melindungi aurat, pakaian menampilkan keperibadian, seperti surah Al-Ahzab, ayat 15, yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isterimu dan anak perempuanmu dan kepada wanita mukmin supaya mendekatkan diri kepada mereka dengan jilbab supaya mereka mudah dikenal dan supaya mereka tidak diganggu, sesungguhnya Allah Maha Mengampuni dan Maha Penyayang.” Rasionalnya, manusia memilih barangan berkualiti, menarik, tidak terdedah, tersusun rapi dan dihiasi indah.
Demikianlah juga insan yang menjaga maruah, akhlak, peribadi, harga diri dan pakaian pasti disanjung serta dipandang tinggi masyarakat. Pandangan pertama menjadi kayu pengukur peribadi kita.
Rasulullah menggambarkan tiada salah untuk kelihatan cantik kerana Islam menggalakkan berbuat demikian seperti mafhum hadis, “Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi) Teringat pengalaman saya ditegur jurusolek ketika sesi fotografi sebuah majalah wanita. Beliau menyarankan saya mendapatkan rawatan kecantikan dan syukur ada yang prihatin mengenai penampilan saya.
Saya menganggap teguran sebagai platform menjaga ketrampilan agar tampak segar dan menarik, namun tidak bererti berlebih-lebihan, di sebaliknya bagaimana keindahan dalaman kita? Pada saat kita mengejar kecantikan pada mata manusia, sungguh dikesali apabila kita tidak mengendahkan keindahan di depan Pencipta.
Berpakaian tidak rapi malah berbau dek peluh, terkejar-kejar menuruti tertib solat akibat sibuk dengan duniawi, kitab suci pula sekadar menjadi perhiasan rumah.
Rawatan kecantikan rohani boleh diamalkan dengan membaca al-Quran iaitu sumber ketenangan jiwa, bersujud melaksanakan solat malam.
Allah pernah memujuk Rasulullah bangun mengerjakan solat malam seperti dalam surah al-Muzzammil, tatkala baginda berasakan wahyu diterimanya terlalu berat untuk dipikul.
Ketahuilah, rawatan itu membantu kita menghadapi kesukaran dan kesulitan dalam kehidupan harian.
Bergaul dengan golongan soleh, sekali gus menimba ilmu daripada mereka, antara kaedah penyucian jiwa. Bahkan, malaikat akan menaungi mereka yang berada dalam majlis ilmu.
Selain itu, memperbanyakkan ibadat puasa bukan saja mampu menahan diri daripada lapar dan dahaga, malah meredakan emosi berkecamuk, selain menjadikan kita hamba yang menginsafi diri.
Banyakkan zikir kepada Allah. Jika anda pernah mendengar dendangan lagu daripada kumpulan Opick berjudul ‘Obat Hati’, pasti menyedari kelima-lima kaedah rawatan ini diambil daripadanya.
Sambil berlibur, kita juga memperoleh tips rawatan penyucian hati tanpa perlu dibayar, sebaliknya mendapat keuntungan berlipat ganti antara kita.
metro

Tiada ulasan:
Catat Ulasan