Khamis, 2 Februari 2012

Motivasi Hari Ini -Gagal Dalam Pelajaran | BUKAN PENENTU GAGAL DALAM HIDUP

Minda dan pemikiran orang kita. Kalau kau nak berjaya, kau kena pandai dalam pelajaran. kalau kau nak pandai dalam pelajaran, kau kena baca buku. Itulah antara ayat-ayat yang disuap oleh ibu bapa kepada anak-anak. Anak-anak yang pandai mungkin menyahut cabaran itu, namun bagaimana pula dengan anak-anak yang selalu ketinggalan di belakang. Mereka sebenarnya bukan bodoh dan malas belajar, cuma mereka perlukan sedikit masa yang lebih untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Memang tak nafi, pelajaran itu penting dan kunci kejayaan di dunia. Namun, ramai ibu bapa yang lupa akan perkara lain yang sama dan lebih penting daripada pelajaran. 


Apa gunanya belajar tinggi-tinggi jika iman tiada dan kurang akhlak dalam diri?


Apa gunanya belajar tinggi-tinggi jika tidak berkongsi ilmu yang dipelajari?


Apa gunanya belajar tinggi-tinggi jika perkara lain diketepikan?



itulah persoalan yang sering bermain dalam fikiran sesetengah orang. Bagi pandangan peribadi, sebenarnya perkara yang paling penting adalah bagaimana anak-anak itu mempelajari sesuatu dalam kehidupan mereka. tidak tertakluk kepada ilmu akademik semata-mata. Ilmu ini merata tempat. ilmu masakan, ilmu berkebun, ilmu muzik, ilmu fotografi dan lain-lain lagi. Kita kena ingat, ilmu itu datangnya daripada Allah SWT dan bila-bila masa sahaja Allah SWT berhak menarik balik ilmu yang kita ada.


PCB ambil contoh yang mudah dengan hidup PCB sendiri. Masa zaman sekolah rendah dulu, PCB boleh dikatakan pelajar pandai dan berada di kelas pertama. Sekolah PCB ada 3 kelas untuk darjah 6. Tapi, PCB perasan yang guru-guru lebih mementingkan pelajar kelas PCB sahaja berbanding lagi 2 kelas. dengan anggapan hanya kelas pertama sahaja yang bakal mengharumkan nama sekolah dalam kejayaan UPSR.


Cuba kita lihat situasi di atas, apa perasaan murid-murid dua kelas lagi, pasti mereka berasa diri mereka tidak dihargai. Sebenarnya, mereka masih bernilai dan punya kelebihan tersendiri. Mungkin di sekolah, mereka kurang minat untuk belajar dan sukar mempelajari ilmu akademik, namun mungkin kemahiran mereka lebih hebat daripada pelajar yang pandai.
Namun, disebabkan pemikiran masyarakat yang hanya memikirkan bahawa orang yang cemerlang adalah orang yang berjaya dalam peperiksaan.



Itulah antara dilema dalam dunia pendidikan di Malaysia masa kini. lebih mementingkan exam-oriented berbanding praktikal dan latihan. Pelajar yang berjaya dalam pendidikan disanjung dan dijulang dan pelajar yang kurang berjaya dibiarkan begitu sahaja. Kita kena ingat satu sahaja, tidak semestinya yang berjaya itu akan terus berjaya di masa hadapan dan tidak semestinya yang gagal dalam peperiksaan itu akan gagal dalam hidup. Hidup ibarat roda, sekejap di atas sekejap di bawah.



Kejayaan yang sebenar adalah kejayaan dalam kehidupan dan bukan kejayaan dalam pendidikan semata-mata. Berilah peluang kepada setiap anak-anak untuk belajar mengikut cara mereka kerana kemampuan mereka adalah berbeza. Jangan mudah cepat melatah bila anak tidak lulus exam sebaliknya berbincang dan cari alternatif yang lain.



renungkanlah situasi di bawah ini yang selalu diucapkan oleh ibu bapa..


" oi mamat, kau ni belajar ke tak, UPSR pon dapat 1A je.. kau tengok anak si Bedah dapat 5A kot.."


anak berkata, " mamat tak suka belajarlah.. mamat lebih suka bertukang.."


" menghabiskan duit aku je hantar kau pergi sekolah. belajar tak pandai-pandai. kau ingat bertukang tu boleh jadi kaya ke? aku nak kau jadi doktor, engineer..baru aku bangga.."


anak berkata, " mak ni langsung tak faham mamat.. mak nak ikut impian mak jew.. "

"aku tak kira.. kau kena jugak belajar sampai jadi doktor.."


renung-renungkan dan selamat bermuhasabah..

kringg.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...