Kali ni saya kongsikan 3 tips untuk membina sikap pemaaf dalam tiga situasi berbeza.
1. Sebelum tidur
Pada waktu Anda nak melelapkan mata, ambil masa 5 minit untuk melakukan teknik ini. Bayangkan kesemua wajah-wajah orang yang menyakitkan hati Anda dan yang membuat Anda geram.
Selepas, itu, tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan dalam kiraan 7 saat lalu hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat. Relakskan diri..longgarkan semua otot, sendi dan elak dari memikir apa-apa.
Kemudian, tutup mata. Bayangkan Anda berjumpa dengan orang-orang yang menyakitkan hati Anda tu, ibarat bertemu di sebuah meja bulat.
Dalam bayangan minda, katakan pada mereka yang Anda maafkan mereka. Katakan begini dalam hati "aku maafkan kamu, kamu dah tak ada apa-apa salah denganku, sekarang pergi".
Hadirkan rasa kemaafan dalam diri Anda, hadirkan sehadir yang mungkin. Bayangkan wajah-wajah mereka lenyap, semakin lenyap, kabur, semakin kabur lalu terus menghilang. Anda akan rasa tenang selepas itu.
Jangan fikir apa-apa selepas 1 minit, Anda boleh tidur terus kemudiannya. Esok pagi, Anda akan bangun dengan penuh bersemangat!
2. Di waktu siang
Setiap kali Anda sakit hati, geram, menyampah, meluat atau tidak puas hati, maafkan sesiapa sja yang menyakitkan hati Anda tu. Maafkan semaaf yang mungkin, kemudian lupakan selupa yang mungkin (jangan cuba nak ingat lagi).
Ia sukar pada peringkat awal, tapi bila dah berkali-kali melatih diri dalam sehari, ia akan menjadi tabiat Anda. Lama-kelamaan, membentuk Anda jadi insan pemaaf.
Buat dulu baru tau kesannya!
3. Ketika makan atau minum
Makanan dan minuman yang masuk ke perut kita membawa bersama energi dari emosi kita .
Senang cerita, jika ketika Anda minum mood Anda happy, Anda akan jadi hepi sepanjang hari. Kalau time minum atau makan tu Anda murung, marah, geram, sakit hati, maka Anda akan jadi begitu juga sepanjang hari untuk hari-hari seterusnya.
Jadi, bila Anda sedang makan atau sedang minum atau berada di depan makanan, elak berubah menjadi pemarah, melahirkan rasa tak puas hati atau mengumpat keburukan orang.
Sebab, emosi yang terbit dari minda akan akan menghasilkan energi lalu ikut bersama makanan atau minuman Anda.
Lebih baik kiranya bila time makan atau minum, Anda hadirkan rasa kemaafan, rasa kekitaan dan persahabatan. Hadirkan seboleh yang mungkin, sehadir yang mungkin, selama yang mungkin. Ubah diri menjadi happy.
Anda akan senang memaafkan kesalahan orang lain lalu melupakannya. Elak dari mengingat semula kesalahan-kesalahan tu, walaupun sedikit.
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan