1. Roti Canai

Sekeping 300kcal tanpa kuah. Kalau 2 keping dah 600kcal. Ia mudah, cepat, murah tapi sememang bukan pilihan yang sihat.
2. Nasi Lemak

Nasi lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tapi disebabkan
santan yang erlemak tinggi, nilah kalori nasi lemak sebungkus dalam
350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam
600kcal.
3. Fast Food

Fast food memang sedap dan tidak salah makan sekali-sekali tetapi ia
berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh
cecah 900kcal.
4. Local Fast Food a.k.a Mamak

Bagi saya, Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada
pilihan yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua
dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti
lebih segenggam.
5. Donuts

Tren makan donut ini semakin menjadi di Malaysia. Memang lazat dan cepat
nak makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1″
dah 1200kcal.
6. Pisang Goreng

Pisang goreng adalah tren bagi mereka yang bekerja. Kalau ada yang
keluar untuk temujanji, pasti akan pulang dengan pisang goreng. 1x
pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).
7. Minuman Bergula

Masalah minuman bergula? Well gula! 1g gula = 4kcal dan ia kandungan
utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula
berkarbonat = 150kcal.
8. Teh Tarik

1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi
masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan
setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.
9. Kuih Muih

Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal.
10. Nasi

Sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang
baik) tetapi salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih
hari-hari tapi cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1
genggam sederhana = 150kcal.
Bonus: Gaya Hidup.

Selain makanan (kalori masuk), gaya hidup yang semakin sedentary (kurang aktif) juga merupakan punca kenaikkan berat badan.
utiup.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan