Manusia
merupakan bangsa yang suka membangunkan senjata demi kepentingan
diri-sendiri bagi mengancam mana-mana negara atau agama yang dianggap
sebagai ancaman terhadap kewujudannya..Hal ini telah membawa sesebuah
kerajaan untuk membelanjakan sejumlah wang yang banyak bagi membangunkan
senjata walaupun senjata yang dibangunkan tidak masuk akal dan dianggap
'gila' di mana akhirnya ia hanya mampu disiapkan setengah jalan dan
tidak disiapkan dengan sempurna..Nak tahu apa jenis senjata tersebut,
meh usha kat bawah ni..
Juga dikenali
sebagai Projek 119-A iaitu sebuah program yang dibangunkan untuk
mengebom Bulan dengan menggunakan senjata nuklear bagi menaikkan moral
dikalangan penduduk Amerika Syarikat selepas berjaya menyaingi Soviet
Union dalam perlumbaan angkasa. Walaubagaimana pun, ia tidak pernah
dilaksanakan kerana mengambil langkah untuk meletakkan seorang manusia
di Bulan adalah lebih baik daripada cuba untuk meletupkannya.
2. Kapal Pengangkut Pesawat Aisberg
Juga dikenali
sebagai Projek Habakkuk di mana pihak Britain telah membangunkan pelan
semasa Perang Dunia Ke-2 untuk membangunkan sebuah kapal pengangkut
pesawat pykrete (kapal campuran kayu, besi dan ais). Ia mengambil suatu
tempoh masa yang lama untuk menyedari bahawa ia merupakan satu
pembaziran sumber dan menenggelamkan idea tersebut dari dibangunkan.
3. The Flying Dorito
A-12 Avenger II
juga dikenali sebagai "The Flying Dorito". Ia merupakan pesawat pengebom
'stealth' yang dibangunkan bagi menggantikan pesawat Grumman A-6
Intruder yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor
Marin. Pembangunan pesawat A-12 telah berdepan masalah lebihan kos dan
kelewatan dalam pembuatan telah membawa kepada pembatalan projek ini
pada tahun 1991 dengan pembaziran kos sebanyak US$5 Billion.
4. Alat Pemusnah Dunia Pihak Soviet
Ada pihak yang
mengatakan ia hanya mitos, namun pada tahun 1990-an, beberapa bekas
pegawai tinggi tentera Soviet Union dan bekas ahli Jawatankuasa Pusat
Parti Komunis dalam satu siri wawancara dengan pihak kontraktor
pertahanan Amerika Syarikat, BDM mengakui akan kewujudan alat tersebut
yang digelar "The Dead Hand". Dikatakan mungkin masih beroperasi
sepenuhnya, ia merupakan sistem kawalan nuklear secara automatik yang
mampu melancarkan peluru berpandu balistik antara benua Rusia (ICBMs)
sekiranya serangan nuklear dikesan dalam bentuk seismik, cahaya, tahap
keradioaktifan dan tekanan yang melampaui batas. Walaubagaimana pun,
kelemahan terhadap bentuk serangan ini telah dikesan dan menggagalkan
operasinya.
5. Kapal Terbang Yang Tidak Mendarat
Selain mempunyai
pesawat yang mampu mendarat dan berlepas daripada kapal pengangkut
pesawat, pihak tentera juga mahukan sedikit kelainan dan daripada itu,
Salmon XFV telah dibangunkan di mana pesawat ini akan mendarat dengan
menggunakan ekornya. Selepas beberapa siri ujian dan penyelidikan,
projek ini telah dibatalkan dengan alasan tiada satu pun juruterbang
yang mampu mendaratkan pesawat dengan menggunakan ekor secara menegak.
6. Penceroboh Masa Hadapan
Bayangkan sebuah
pesawat pengebom yang direka mampu membawa bom nuklear serta terbang
pada ketinggian 15 Kilometer dari paras laut dengan kelajuan 3 kali
ganda kelajuan bunyi. Pesawat B-70 Valkyrie sepatutnya mampu menjadi
pesawat pengebom impian pada masa hadapan namun dengan beberapa siri
masalah seperti kos yang tinggi, penambahbaikan altitud pada senjata
peluru berpandu permukaan-ke-udara, dan pengenalan peluru berpandu
balistik antara benua (ICBMs) telah membawa kepada pembatalan projek
pesawat ini pada tahun 1961. Dua rekaan prototaip pesawat ini sempat
digunakan namun satu daripadanya telah terhempas berikutan perlanggaran
di udara pada tahun 1966.
7. The Thunderscreesh
p/s: Idea dan rekaan yang pelik, namun tak mustahil ia bakal terlaksana suatu hari nanti..
XF-84H merupakan
pesawat eksperimen turboprop yang dikuasakan dengan enjin turbin yang
digabungkan dengan enjin kipas supersonik. Berikutan terlampau banyak
kelemahan dari segi aerodinamik dan tahap kebisingan enjin yang
terlampau tinggi, iaitu mampu didengar sehingga 25 batu jauhnya sehingga
membawa kepada sakit loya yang teruk dikalangan krew penerbangan telah
membawa kepada pembatalan projek ini.
p/s: Idea dan rekaan yang pelik, namun tak mustahil ia bakal terlaksana suatu hari nanti..
drysheetblogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan