Jumaat, 5 April 2013

Foto saat-saat banduan dihukum gantung sampai mati

Dengan mata tertutup, tangan terikat kelihatan seorang banduan menyedut rokok terakhirnya. Beberapa minit kemudian dia dan dua orang lagi dipimpin ke tempat hukuman gantung akan dilaksanakan di perkarangan tempat meletak kenderaan.

Tali gantung dipakaikan ke leher mereka sebelum trapdoor bawah kaki mereka dibuka. akhirnya, ketiga-tiga mereka mati tergantung.
 
Kesalahan yang dilakukan oleh mereka adalah membunuh dalam tiga kes berasingan. Hukuman yang dijalankan kelmarin adalah yang pertama sejak tahun 2007 di Kuwait. Sejak April 1964 hingga Mei 2007 sebanyak 72 hukuman mati telah dilaksanakan di negara itu yang mana 69 lelaki dan tiga wanita telah menerima hukuman.
 
 
 
 
Daily Mail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...