Jumaat, 5 April 2013

Kenapa Banyak Orang Suka Tidur Petang?

Telah di buat bermacam-macam kajian daripada aku sendiri. Sering terlihat ramai yang suka tidur petang tidak kiralah sekejap mahupun lama. Tetapi ada sesetengah itu tidur petang lebih panjang daripada tidur malam. Selalunya kerap berlaku pada zaman remaja. Di sini aku mungkin rasa kenapa orang suka tidur petang.
 
 


1) Banyak remaja suka merayau ataupun staynight pada waktu malam. Bila petang sahaja dia rasa macam malam dan sebab itu dia tidur supaya malam boleh berjaga.

2) Dah serupa macam rutin harian bagi seseorang itu kerana bila malam waktu sunyi. Tenang sahaja jikalau ingin melakukan apa-apa.

3) Seseorang itu merasakan petang seperti satu waktu yang amat sesuai untuk rehatkan diri daripada malam dan dia akan terfikir sejenak "jikalau dia tak tidur petang, adakah dia mempunyai tenaga pada lewat petang sebentar lagi"

4) Di tambah pula dengan cuaca redup atau hujan, badan akan lesu dan terdapat katil di sebelah. Memang harapan cerah untuk tidur pada waktu petang. HAHA!

5)
Ada sesetengah pada waktu petang sahaja melanda keletihan. Contohnya bangun pagi ke tempat kerja / belajar. Di waktu pagi, kepala otak dan tenaga sudah di perah banyak dan petang keletihan melanda diri. Sebab itu ada yang kerap tidur waktu petang.

6) Bila dah bosan tidak tahu buat apa pada waktu petang. Apa lagi! Tidurlah jawabnya.

Kalau korang terfikir banyak perkara lagi, cuma otak aku tak dapat berfungsi sahaja kadang-kadang. HAHA! apa-apa pon mungkin korang suka tidur petang kan? kan? kan? 
 http://shakroil.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...