Sabtu, 6 April 2013

Kreatif ! Lukisan Menggunakan Gula Karamel

 

Jika ingin menyaksikan sendiri seni lukisan menggunakan gula karamel ini, maka bolehlah berkunjung ke wilayah Sichuan di Negara China. Walaupun budaya ini kini tidaklah sepopular dahulu, namun seni kraf zaman silam ini ternyata menjadi salah satu daya tarikan pelancong utama yang berkunjung ke Negara China.
 
 


 
 


Menurut para pakar, seni ini dikatakan berasal dari Dinasti Ming dan ketika Dinasti Qing pula seni ini semakin mendapat tempat dalam masyarakat dan teknik pembuatannya juga semakin dipertingkatkan. Hasilnya, terbinalah pelbagai corak seni lukisan gula karamel ini yang kebanyakkannya bertemakan alam semulajadi atau hidupan liar.




Lukisan menggunakan gula karamel ini bukanlah seni yang melukis yang biasa kerana gula yang panas itu akan cepat menyejuk. Jadi para pelukis itu terpaksa bergerak dan melukis dengan cepat namun dengan menggunakan teknik yang betul.
 http://ariesha8187.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...