Tupolev
Tu 160 Blackjack ialah pesawat pengebom supersonik terbesar di dunia,
Pesawat sepanjang 54 meter ini juga memegang rekod pesawat supersonik
terbesar dunia selepas Concorde dihentikan operasinya pada tahun 2003.
Program pembiaan Blackjack dimulakan Soviet sebagai jawapan kepada
program pesawat pengebom supersonik Rockwell B-1 Lancer. Seperti
kebanyakkan pesawat Soviet pada waktu itu, Blackjack meniru bentuk B-1
tetapi Soviets being Soviets they made it bigger and better. B-1 Lancer
boleh memecut sehingga Mach 1.25 dan membawa 35 000 kilogram bom.Blackjack mempunyai kelajuan maksimum Mach 2.03 dan mempu membawa muatan senjata sehingga 40 000 kilogram.
Prototaip pertama dibina pada 1981 dan memulakan operasi pada tahun
1987. Ia memerlukan 4 anak kapal untuk beroperasi dan sangat ditakuti
oleh pihak NATO kerana kepantasan dan kemampuan melancarkan misil anti
perkapalan terhadap kapal pengangkut kapal terbang. Selepas kejatuhan
Soviet majoriti pesawat Blackjack dihentikan dari operasi tentera
udara.
Pada tahun 2005 proses permodenan Tu- 160 dilakukan dan sistem avionik
dan kawalan pesawat diberi penaik tarafan. Sejak 2007 11 Tupolev Tu-160
Blackjack moden beroperasi dengan Tentera Udara Kesatuan Soviet. Perang
dingin mungkin sudah lama tamat tetapi sistem senjata yang mampu
memuaskan dunia masih wujud.
Laporan asal Wikipedia
Gambar Aibow
http://awesomernews.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan