Doa Akhir Tahun Hijrah
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Maka dengan izin Allah,
sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari
fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang
lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga
dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada
perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku
belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak
melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau
berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat
selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku
memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang
demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku
dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai
Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah
Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan
Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga
dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun Hijrah
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram Tahun
Hijrah. Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat
rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan
memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu
daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga
dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke
atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah
tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan
dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan
tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang
diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu
Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah
berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas
ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
http://www.zulkbo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan